in

“Bergilir-gilir dalam tandas” – Tak Puas Buat Sendiri, Pegawai Audit Ajak 2 Kawan ‘Join’ Liwat 3 Anak Kandung

Liwat Anak Kandung

Bukan sekadar puaskan nafsu terhadap anak kandungnya sendiri tapi juga tergamak ajak dua rakan untuk join sekali. Itulah yang berlaku kepada tiga beradik di Luwu Timur, Sulawesi Selatan baru-baru ini.

Menurut Grid, tiga kanak-kanak (dua perempuan, seorang lelaki) terpaksa turutkan kehendak bapa kandung yang bekerja sebagai pegawai audit untuk menjadikan mereka tempat memuaskan nafsu.

Audit
gambar hiasan
Cabuli1
sumber: grid

Semuanya terbongkar selepas ibu mereka menyedari perubahan sikap tiga beradik itu pada September lepas. Pasangan itu sudah bercerai pada tahun 2016

Saya baru tahu pada 5 September, saya tengok gerak geri tingkah laku tiga anak saya berubah.”

Selepas ditanya, anak lelakinya membuka mulut menceritakan apa yang terjadi kepada mereka bertiga. Menurut anaknya, perbuatan keji bapanya itu bermula sejak bercerai dengan ibu mereka.

Benda ini terjadi selepas kami bercerai pada 2019. Waktu ini anak sulung saya yang menjadi mangsanya.”

Sehinggalah pada tahun ini, ketiga-tiga mereka terus menjadi mangsanya.”

Sodomi
gambar hiasan

Mereka mengaku pernah dicabul di dubur, kemaluan, dipaksa melakukan oral seks selain turut diliwat. Bukan itu saja, bapa mereka tidak hanya melakukan perbuatan keji itu sendiri tapi sekali sekala turut ajak rakannya.

Kata anak bongsunya, dia selalu tengok dua kakaknya dicabuli tiga orang dewasa termasuk bapanya. Dia juga pernah ternampak dua kakaknya itu dicabul bergilir-gilir di dalam tandas rumah bapanya beberapa kali.

Laporan
sumber: tribun

Dua kakaknya baru menceritakan apa yang berlaku, keduanya bagitahu dua pakcik turut buat perbuatan keji itu.”

Bengang dengan apa yang terjadi pada anaknya, wanita itu terus membuat laporan polis dan kes itu kini sedang dalam siasatan pihak polis.

Menurut wanita itu, meskipun diugut oleh suami supaya tarik balik laporan namun dia tetap dengan pendiriannya untuk selamatkan anak-anak daripada bapa bernafsu binatang.

Baca: “Bapa durjana!” – Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Bapa Durjana