in

Geng Mafia Itali Beri Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Setempat Ekoran Covid-19

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Itali kini di tangga ketiga jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan 152,271 rekod, di belakang Amerika Syarikat dan Sepanyol. Hampir berbulan, banyak kedai dan restoran yang tutup, membuatkan penduduk di sana kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh yang lama.


Baru-baru ini, tular sebuah video yang melihatkan geng Mafia Itali memberikan makanan dan bantuas asas kepada penduduk yang terjejas dengan wabak Covid-19 ini. Dilaporkan, sumbangan daripada Mafia ini diberikan kepada warga Itali yang tinggal di kawasan terpencil seperti Campania, Calabria, Sicily dan Puglia.

1 10

Geng mafia mempunyai agenda tersendiri?

Meskipun bantuan daripada geng Mafia ini bertujuan untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan, penyiasat anti-mafia, Nicola Gratteri mempunyai pandangannya yang tersendiri.

“Jutaan penduduk kehilangan sumber pendapatan selama hampir berbulan-bulan dan tiada siapa yang tahu bila mereka akan kerja semula. Jika mereka tidak dibantu oleh pihak berwajib, Mafia akan memenuhi keperluan penduduk Itali, secara tidak langsung menguasai hidup mereka”

Menurut Nicola Gratteri, pemberian makanan dan bantuan wang kepada golongan susah ini adalah taktik lama mafia untuk meluaskan pengaruh mereka. Bantuan ini secara tidak langsung akan membuatkan geng Mafia berasakan penerima bantuan berhutang dengan mereka.

Ot Elchapofd

“Seperti yang terjadi di Mexico oleh El Chapo, mereka menjual kokain dan menyebabkan kematian ratusan orang di kawasan yang pernah dibantu. Menurut El Chapo, mereka telah membantu penduduk di situ dengan memberikan bantuan ubat-ubatan dan membina jalan raya”

Pihak berkuasa Itali dilaporkan akan terus memantau bantuan yang diberikan oleh geng Mafia sepanjang wabak Covid-19 ini melanda.

Lepas baca artikel ni, jangan pula korang tolak bantuan yang diberikan sebab takut terhutang budi dengan si pemberi!

Sumber: The Guardian, DailyMail

 

BACA: 5 Individu Dijangkiti Covid-19 Selepas Gunting Rambut Di Saloon, Kluster Terbaru?

Main 4

Sumber: The Guardian
Sumber: CBS News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.