in

Gara-Gara Tembak Polis Guna Pistol Air Di Festival Songkran, Youtuber Hong Kong Ditahan

Cats 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua lelaki Hong Kong telah ditahan kerana berkelakuan tidak sopan selepas mereka menembak ke arah anggota polis dengan menggunakan pistol air. Kejadian dilaporkan berlaku semasa mereka meraikan Festival Songkran.


Salah seorang lelaki tersebut yang merupakan seorang Youtuber, ada memuat naik rakaman insiden tersebut dalam videonya. Menerusi video tersebut, dia dilihat menembak berkali-kali ke arah pihak polis meskipun sudah diberi isyarat agar tindakan tersebut dihentikan.

1 1 1

Anggota polis yang ditembak mendakwa dua lelaki itu telah menggunakan Festival Songkran sebagai alasan untuk mengganggu tugas pihak polis. Selain itu, dua lelaki tersebut juga menembak ke arah wartawan yang sedang bertugas.

2 1 1

Bagaimanapun, difahamkan tiada tindakan undang-undang diambil dan mereka telah dibebaskan oleh pihak polis yang betugas. Kejadian dilaporkan berlaku di Kowloon City, sebuah daerah yang didiami ramai penduduk tempatan Thailand.

Mengikut tradisi, semasa Festival Songkran berlangsung, air akan disimbah menggunakan baldi dan pistol air sebagai tanda untuk menghalau nasib malang. Ia adalah tradisi turun temurun yang diamalkan di sana dan turut menjadi tarikan pelancongan.

Anda boleh tonton video penuh di sini:

Kredit: BBC

BACA: Tayang Iklan Colok Sembahyang Dengan Bau Ayam Goreng, KFC Thailand Terima Kecaman

Cats 39

Sumber: Bravedogdog
Sumber: Bravedogdog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.