Umum mengetahui, perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba tidak lama lagi. Banyak promosi dan diskaun yang diperkenalkan sempena perayaan ini, tidak kurang juga menu bermusim yang hanya dihidangkan pada Tahun Baru Cina.
Colok sembahyang bau ayam goreng
Terbaharu, KFC Thailand ada memuat naik satu video di Instagram untuk mempromosikan ciptaan baru restoran makanan segera ini bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.
Menerusi video tersebut, KFC Thailand telah mengeluarkan produk baharu iaitu colok sembahyang yang mengandungi bau 11 herba dan rempah, dan dikatakan mampu mengeluarkan bau ayam goreng KFC.
Colok sembahyang tersebut turut direka dengan tekstur yang unik untuk menyerupai rupa dan tekstur ayam goreng. Difahamkan, colok sembahyang ini bakal didatangkan dengan kotak berwarna merah dan sehelai nota dari KFC.
Dikecam kerana tidak sensitif
Bagaimanapun, hantaran di Instagram KFC Thailand berkenaan colok sembahyang tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet terutamanya yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpendapat KFC Thailand tidak menjaga sensitiviti kaum lain serta telah melampaui batas dengan mengeluarkan produk tersebut.
This is an ad by KFC Thailand for Chinese New Year. So many things wrong with this. You’d that they would know Chinese culture better. pic.twitter.com/2Hv9N9VR4b
— May (@eatcookexplore_) January 13, 2023
https://twitter.com/SidneyGJWong/status/1613080987050835968?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1613080987050835968%7Ctwgr%5Ea40452b075e7f6d148f7936e26a370e9fa4cec83%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fmothership.sg%2F2023%2F01%2Fkfc-thailand-chicken-incense-sticks%2F
Produk KFC Thailand tersebut turut mendapat perhatian isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching, yang turut terkejut dengan kewujudan colok sembahyang berbau ayam goreng itu.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2231580753696413&id=100005335308340
Untuk rekod, KFC Thailand telah memadam video tersebut di Instagram dan semua media sosial yang terlibat pada 14 Januari lalu selepas menerima kecaman ramai.
Kredit: Mothership
BACA: Siap Ada Orang Bukakan Pintu, Ramai Kagum Dengan Suasana Makan Di KFC Zaman Dulu-dulu