in

Gara-gara ‘Mengawan’ Dengan 5 Kucing Betina, Tak Pasal-pasal Kucing Ni Letih Teruk Sampai Kena Drip Glukosa

Xiaopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada kucing? Haa jaga-jagalah kucing korang tu takut kalau terjadi perkara macam ni dekat dia.


Menurut mStar, seekor kucing terpaksa diberikan drip glukosa selepas ‘mengawan’ dengan sekurang-kurangnya 5 kucing betina dalam tempoh satu malam. Amboi! 

 

Kucing dilepaskan dari sangkar jadi punca

Kejadian ni semua berlaku lepas didapati kucing tersebut rupanya dilepaskan dari sangkar oleh seorang petugas hotel haiwan.

Xiaopi yang merupakan kucing baka Russian Blue telah ditinggalkan kat hotel tersebut oleh pemiliknya bernama Zhao di Wilayah Guangdong di Selatan China.

Menurut Zhao, dia ada beritahu pihak hotel yang kucingnya tu belum dimandulkan lagi. Tapi tanpa Zhao ketahui, keesokannya, Xiaopi telah dikeluarkan dari sangkar dan dibiarkan bebas berkeliaran di hotel tersebut lepas stafnya pulang.

Kata Zhao,

“Saya fikir mereka professional, tetapi staf di situ tak beri Xiaopi makan pada waktu siang dan biarkan dia bebas berkeliaran pada waktu malam. 

“Betul, semua kucing dibiarkan bebas di sekitar premis dan kemudian pekerja itu pulang. 

“Antara pukul 10.40 malam dan 5 pagi, kucing saya mengawan dengan 5 kucing betina. Itu hanya yang saya dapat tengok dalam rakaman CCTV.” 

 

Tak pasal-pasal disalahkan sebab kucing betina lain tak merancang nak ada anak??

Ingatkan manusia je merancang nak ada anak ni, rupanya kucing pun merancang juga!

Zhao juga memberitahu yang kakitangan hotel telah menyalahkannya dan merungut bahawa beberapa pemilik kucing betina lain tak merancang untuk mempunyai anak.

“Boleh pulak mereka yang kecewa dengan saya. Mereka mahu saya beri penjelasan kepada semua pemilik kucing lain. 

“Kucing saya keletihan dan perlu diberikan glukosa, dan ini salah saya?” kata Zhao.

Walau bagaimanapun, pihak hotel katanya telah meminta maaf kepada Zhao dan bakal membayar kos rawatan Xiaopi.

Tak cukup dengan itu, pihak hotel akan beri pampasan kepada setiap pemilik kucing yang bunting bernilai 500 Yuan (RM293) dan akan jual anak-anak kucing untuk pihak mereka.

Seekor anak kucing juga akan dijual dengan harga 1,000 Yuan (RM586) jika kucing mereka bunting. Seekor kucing baka Russian Blue katanya boleh bernilai antara RM1,800 hingga lebih dari RM5,167.

Xiaopi kini dilaporkan sudah pulih dan dalam keadaan stabil.

Haih… tak pasal-pasal kucing lain dibuntingkan… 

Baca: “Sibuk je dia tu”- Gelagat Kucing Jadi ‘Wartawan’ Ini Buat Netizen Tersengih

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.