in

Cemburu Punya Pasal, Sanggup Patahkan Jari Teman Wanita Sendiri

Untitled Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata, cemburu tanda sayang. Tapi kalau cemburu buta sampai tahan sanggup datangkan kecederaan kat orang lain, macam mana pulak?


Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Kompas melaporkan, seorang wanita Salomina Friskilia Samloi terpaksa menanggung derita selepas tiga jarinya patah gara-gara dikerjakan teman lelakinya yang cemburu buta.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar di salah sebuah institut perguruan di Kota Kupang.

Difahamkan, kejadian bermula apabila lelaki tersebut menyedari beberapa mesej masuk ke Whatsapp teman wanitanya — sebelum menyedari semua pesanan itu dikirim oleh lelaki lain.

Apabila ditanya, Salomina menjelaskan semua mesej tersebut adalah dari rakan-rakan sekuliahnya, namun teman lelakinya tidak mempercayai penjelasan tersebut.

Akibat prasangka keterlaluan, lelaki itu mula bertindak kasar ke atas Salomina dan melakukan penganiayaan ke atas wanita tersebut dengan menggunakan sebatang besi sehingga mengakibatkan tiga jarinya patah.

Img 20191106 Wa0021 614X1024

Kes tersebut bagaimanapun telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan lelaki terbabit sudah pun ditahan.

Kan dah tak pasal-pasal meringkuk dalam lokap?

 

Baca: “Lu steady ah cha!” – Netizen Puji Sikap Netizen Ni Berani Marah ‘Gangster’ Pukul Rider Grab

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.