in

“Gak usah panik!” – Heboh Catat 2 Kes COVID 19, Rakyat Indonesia Borong Mi Instan & Minyak Sampai Licin!

Indon Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat macam mana rakyat Singapura panik bila terdapat kenaikan mendadak dalam kes jangkitan wabak COVID 19 tak lama dulu?


Haa nampaknya rasa yang sama telah ‘merebak’ pulak ke Indonesia apabila negara seberang itu mencatatkan 2 kes COVID 19 semalam. Alamak!

 

Panik negara diserang wabak COVID 19, mi instan dan minyak diborong habis!

Menurut Detik, berita mengejutkan yang dimaklumkan Presiden Joko Widodo tersebut semalam telah menyebabkan sebahagian daripada kedai ubat dan farmasi diserbu rakyat Indonesia.

Tak cukup dengan itu supermarket di Indonesia jugak dipenuhi rakyat yang memborong barangan asas. Antara supermarket yang licin diserbu pembeli ialah di Rawamangun, Jakarta Timur.

Indo 2

Nak masuk ke dalam supermarket tu pun dah jammed teruk. Kereta siap diparkir sampai ke tepi jalan. Malah kedai-kedai yang berdekatan dengan supermarket tu pun habis diserbu pembeli.

Hampir kesemua rak makanan terjual habis terutamanya rak mi instan dan minyak goreng. Amboi orang Indonesia borong Mi Sedap sampai licin ye! 

Indo 1

5146B570 194E 4611 9C09 1Ddeed17B6Bd

Tak cukup dengan tu, bahagian sayur dan rempah-rempah jugak kosong diborong pembeli. Bahagian susu bayi dan cereal pun sama jugak katanya.

 

“Tiap awal bulan atau akhir bulan memang ramai, tapi hari ini berbeza” 

Menurut salah seorang pembeli di supermarket tersebut, kejadian macam ni sebenarnya biasa kalau berlaku di awal dan akhirnya bulan. Cuma kali ini nampak sedikit berbeza.

“Tiap awal atau akhir bulan memang ramai, tapi hari ini beza. Dengar-dengar kerana orang heboh belanja takut virus corona itu,” kata Yunita.

Indo 3

Rata-rata netizen di Twitter walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan melulu rakyat Indonesia tu. Tambah-tambah pula makanan macam mi instan ni bukanlah makanan yang sihat untuk dimakan.

Waduh

Haih apa-apapun min doakan semoga keadaan wabak COVID 19 di Indonesia taklah seburuk di Singapura atau mana-mana tempat lain. Semoga rakyat Indonesia tabah hadapi dugaan ini. Stay calm and take care! 

Baca: “Kalau saja-saja nak pergi baik tak payah” – Situasi Sebenar Kes Coronavirus Di Jepun, Ikut Cerita Rakyat Malaysia Di Sana

Covid

 

 

 

Sumber: Detik
Sumber: Detik
Sumber: Detik
Sumber: Detik
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.