in ,

“Kalau saja-saja nak pergi baik tak payah”- Situasi Sebenar Kes Coronavirus Di Jepun, Ikut Cerita Rakyat Malaysia Di Sana

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bilangan kes korona virus dilihat semakin membimbangkan. Makin hari makin meningkat pula kes di seluruh dunia. Baru-baru ini, kes di Korea Selatan juga sudah meningkat kepada 1,500 pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Malah, Jepun direkodkan sebagai negara keempat yang tertinggi yang dijangkiti koronavirus. Susulan itu, seorang warga Malaysia yang bekerja di Jepun ini nasihatkan semua rakyat Malaysia supaya batalkan hasrat kalau nak bercuti ke negara matahari terbit tersebut meskipun ada diskaun untuk tiket penerbangan. Ha, jangan nak seronok sangat tempah tiket tu.

Menurut perkongsian Twitter Ridzwan Mahazan, dia mendakwa jumlah kes Covid-19 di Jepun sebenarnya dianggarkan adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Takut weh!

Malah, pemuda yang berasal dari Terengganu ini juga memaklumkan yang pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian kesihatan kepada mereka yang berada di Jepun ketika ini tidak menyeluruh.

Sebabnya, ada yang tidak dikuarantinkan meskipun mereka menunjukkan gejala wabak itu. Siap buat rilek pergi kerja lagi. Senang je la nak berjangkit kalau macam ni. 

Ridzwan juga berkata yang dia ada hasrat untuk  mengambil cuti panjang untuk pulang ke Malaysia, namun dia berasa kasihan dekat syarikatnya yang kekurangan pekerja.

Rata-rata netizen tidak menyangka perkara macam ini boleh berlaku di Jepun. Patutlah ada orang Jepun yang puji kerajaan Malaysia dalam menangani wabak yang boleh membunuh ini.

 

So, kita cuti-cuti Malaysia je la. 

Baca: “Jangan terpedaya tiket flight murah” – Tambah 344 kes baru, Rupanya Dah Lebih 1,500 Orang Positif  Coronavirus di Korea Selatan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: