in

“Gajah tu pijak pakcik saya”, Pesara Tentera Maut di Kedah

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau…


Kejadian yang berlaku di Padang Terap, Kedah, seorang pesara tentera  yang khabarnya maut dipijak seekor gajah jantan berdekatan dengan Kampung Kah Ing.

Bertembung gajah semasa pulang ke rumah

Kejadian bermula semasa mangsa sedang berjalan pulang ke rumahnya bersama-sama dengan abangnya sebelum bertembung dengan seekor gajah dan tiba-tiba sahaja menyerang mereka.

Abang mangsa sempat melarikan diri dan bersembunyi disebalik pokok dan tinggal masa seorang diri dan terus dipijak oleh gajah tersebut. Bayangkan gajah yang sebesar alam tu pijak kita… Nauzubillah…

Cerita Dokter Octavia Tewas Diseruduk Dan Diinjak Gajah
Sumber: mhonline

Menurut Astro Awani yang menemu bual saudara mangsa, selepas gajah itu beredar barulah dia membawa pakciknya dibawa ke jalan besar.

Kutip buah di dusun sebelum maut

Sebelum kejadian tu berlaku, mereka dikatakan baru shaja selesai memungut buah di dusun dan ingin membawa pulang buah tersebut untuk diberi kepada ahli keluarga.

Image 2
Sumber: Kosmo

Sejurus kejadian malang itu, mangsa dibawa terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan, tetapi disahkan meninggal akibat cedera parah di bahagian kepala akibat dipijak berkali-kali oleh gajah tersebut. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Padang Sanai Kanan.

Al-Fatihah… Semoga keluarga mangsa tabah dan mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!

Baca: Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

1 3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.