Saat remaja lain seusia dengannya sibuk belajar atau berseronok dengan rakan-rakan, gadis yang ini terpaksa mencari wang untuk menampung kehidupannya dan keluarga.
Inilah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Cindy yang berasal dari Indonesia yang mana kisahnya telah viral di Instagram @insta_julid baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Cindy bekerja sebagai badut dan dia perlu memakai kostum untuk menghiburkan orang ramai di jalanan demi mendapatkan wang.
Terdahulu, arwah bapa Cindy melakukan pekerjaan itu, namun setelah bapanya meninggal, Cindy pula mengambil alih tugas bapanya yang bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
“Sering diolok2 temannya tapi Cindy jawab gak papa yang penting halal”
Namun apa yang menyedihkan ialah apabila wanita yang merakam kejadian ini bertanya kepada Cindy jika dia merasa malu kalau kawan-kawan melihat apa yang dia lakukan.
Cindy sedih namun dengan tenang dia menjawab, dia baik-baik saja asalkan rezeki yang dia dapat ini halal dan dapat membantu ibu serta adiknya yang masih bersekolah.
Waktu saya tanya Cindy bekerja badut malu tidak kalau temannya lihat. Cindy jawab sambil nangis sesenggukkan kenapa malu, sering diolok-olok temannya. Tapi Cindy jawab gak apa-apa yang penting halal dan bantu ibu bayar sekolah adik,” tulisnya.
Kasihan melihat nasib Cindy, wanita itu kemudian bertanya jika ada apa-apa yang dimahukan gadis tersebut. Tanpa berfikir panjang, Cindy hanya menjawab dia mahu membeli beras buat ibunya dan buku tulis buat dia dan adik. Alahai bagusnya dia.
“Bangga sama adik ini”
Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat bersimpati dengan nasib Cindy dan ada juga yang bangga dengan sikapnya yang tidak malu dalam mencari rezeki demi membantu ibu dan adik.
Semoga Tuhan mempermudahkan urusan hidupnya dan dia berjaya di masa hadapan.