in

Gadis 19 Tahun Ini Bakal Menjadi Doktor Termuda di Malaysia!

Chan F1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kala remaja seusia dengannya masih lagi pening memikirkan arah hidup yang berliku-liku, gadis ini bakal menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Taylor’s University.

Bagaikan tidak percaya, Chan Hao Shan yang berusia 19 tahun ini akan tamatkan pengajiannya pada tahun hadapan dan bakal menjadi doktor termuda di Malaysia! Wah syabass!


Screen Shot 2017 07 10 At 12.50.36 Pm
sumber: wob

Dalam satu sesi temubualnya bersama Sinchew, pelajar medik yang pintar ini telah mendedahkan perkara yang membuatkan dia berbeza dari remaja-remaja lain seusianya, lapor World of Buzz.

Semenjak dari kecil lagi, saya telah membentuk suatu minat yang mendalam untuk membaca buku. Saya takkan berhenti membaca kerana terdapat sebuah perpustakaan besar di rumah saya.”

Lebih mengejutkan apabila buku-buku tersebut telah dipilih Chan sendiri semasa dia berkunjung ke kedai buku bersama ibu bapanya pada usia muda. Dia juga pantas dalam menghabiskan setiap pembacaan sehingga ibunya terpaksa memperlahankannya. Chan juga memberitahu, siri buku Harry Potter dan The Hunger Games ialah antara buku kegemarannya.

Melihatkan kecerdasannya dalam bidang akademik yang sangat hebat berbanding usia yang sepatutnya, apa yang telah ibu bapa Chan lakukan untuk membentuk anak ini menjadi seorang genius? 

Menurut Chan, ibu bapanya tidak melakukan apa-apa yang istimewa atau berlainan semasa membesarkannya. Cumanya dia begitu minat membaca sehinggakan dia akan membaca apa-apa saja buku yang disyorkan kepadanya, sungguhpun minatnya lebih tertumpu kepada buku mengenai organisma hidup dan sains.

Screen Shot 2017 07 10 At 12.50.20 Pm
sumber: wob

Bapa Chan merupakan seorang jurutera, manakala ibunya pula seorang akauntan. Ketika dia berusia lapan tahun, ibunya telah disahkan menghidap kanser payudara dan sejak dari itulah Chan mula tertarik dengan cara bagaimana tubuh manusia berfungsi.

“Saya jadi ingin tahu akan bagaimana tubuh manusia berfungsi. Contohnya, saya berminat untuk mengetahui apa yang berlaku ketika tekak manusia menelan sesuatu ke dalamnya,” kata Chan.

Screen Shot 2017 07 10 At 12.50.55 Pm
sumber: wob

Disebabkan Chan lebih pintar dari kanak-kanak seusia dengannya, persekolahan biasa tidak begitu sesuai untuknya. Dia hanya bersekolah selama tiga tahun di sekolah rendah jenis Cina di Kuala Lumpur kerana ibu bapanya ingin dia memiliki asas yang kukuh dalam bahasa Mandarin.

Chan yang juga selalu mendahului silibus sekolah rendah membuatkan ibu bapanya memasukkan Chan ke sekolah antarabangsa kerana mereka sudah cukup berpuas hati dengan kebolehannya berbahasa Mandarin. Selain itu, mereka juga ingin Chan memperbaiki kebolehan bahasa Inggerisnya juga.

Di sekolah antarabangsa, Chan menghabiskan kesemua silibus sekolah rendahnya. Dia hanya mengambil masa dua bulan untuk menyelesaikan silibus Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, dan dua bulan lagi untuk menyelesaikan silibus Tingkatan 3 dan O Level.

Kesimpulannya, Chan yang berusia 13 tahun menghabiskan silibus sekolah menengahnya dalam masa SETAHUN, yang mana bagi remaja biasa yang memerlukan lima tahun.

Saya suka mencabar diri sendiri, yang mana ia membolehkan saya untuk langkau beberapa tahun di sekolah. Saya bosan berada di kelas yang mana perkembangannya terlalu perlahan, dan guru asyik mengulang perkara yang sama berulang kali. Dalam masa beberapa hari, saya sudah habis mengulangkaji satu buku teks.” 

Berikutan hal tersebut, gurunya mencadangkan supaya dia melangkau beberapa tahun (memandangkan kebolehan Chan yang cepat belajar), seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Ketika Chan berusia 14 tahun, dia telah mendaftar ke program Australian Matriculation (AUSMAT) di sebuah kolej swasta dan menghabiskan pelajarannya dalam masa setahun. Hal ini menjadikan Chan sebagai graduan termuda di majlis graduasi kolej tersebut!

Walau bagaimanapun, mempelajari MBBS bukanlah sesuatu yang mudah buatnya kerana program tersebut sangat mencabar dan dia mula merasa tertekan seperti rakan pengajiannya yang lain.

Screen Shot 2017 07 10 At 12.51.07 Pm
sumber: wob

Pun begitu, kini Chan tidak sabar-sabar untuk menempuhi housemanship (program latihan bagi pelajar medik) kerana dia bakal menamatkan pengajiannya dari sekolah perubatan tahun hadapan. Chan juga tidak bercadang untuk berhenti dari belajar kerana menjadi doktor pakar merupakan impian utamanya. Semoga berjaya! 

Kejayaan yang dimiliki Chan sekarang membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang jikalau seseorang bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut. Semoga beliau terus sukses dalam segala apa yang ditempuhinya pada masa hadapan! 

Baca: Pelajar Universiti Pernah Dipanggil ‘Bodoh’, Kini Miliki Tiga Ijazah Dalam Tempoh Lima Tahun

Smart

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.