in

“Future prosthetic makeup artist ni” – Buat Servis Lukis Luka, Budak Ni Dipuji Baru Sekolah Rendah Tapi Dah Pandai Cari Duit!

Luka Shop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata budak zaman dulu bukan macam budak zaman sekarang. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita terkesima dan tak sangka mereka boleh fikir sejauh itu walapun baru masuk sekolah rendah.



Ia samalah seperti kisah adik ini di Twitter yang baru di bangku sekolah tapi dah bijak cari wang. Lagi best bila dia mendapat hasil wang ini daripada ‘kerja part-time’ melukis luka. Haaa macam mana tu??

 

“Anak sedara aku, Iman buat servis lukis luka kat sekolah” 

Menurut makciknya yang bernama Atifah, adik Iman ini ada buat servis lukis luka di sekolah. Servis lukis luka ni bukan calang-calang tau. Siap dinamakan Luka Shop. Setiap luka akan dicaj berlainan. Paling rendah pun harganya 5 sen. 

Kata Atifah, sekarang anak saudaranya dah berjaya kumpul RM3 tau!

Luka 1

D Whtb7Uyaar7Nw
sumber: twitter

Tambah Atifah lagi, Luka Shop ni ada tiga orang pekerja. Mereka ni kiranya BFF dan satu geng lah. Setiap seorang siap ada nama panggilan lagi. Yang korang nampak nama Syabas tu lah Iman. Ooo gitu ye dik! Menarik! 

Luka 2
sumber: twitter

 

“Wah boleh jadi special effects makeup artist ni” 

Melihatkan kebijaksanaan budak tersebut, rata-rata netizen mengesyorkan supaya budak ni melebarkan bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi. Luka yang dia lukis tu nampak real kot! Ada chance jadi SFX makeup artist yang hebat.

Sfx
sumber: twitter

 

“Boleh la aku jumpa dia nanti. MC sebulan punya luka please” 

Hebat Ah 1
sumber: twitter

Semoga maju jaya dik! Akak doakan bakat adik ni dapat dikembangkan ke arah yang lebih baik. 

Baca: “Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau” – Bukan Main, Surat Cinta Budak Sekolah Rendah Buat Netizen Geli Hati

Love

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.