in

“Fuh Gerak Khas real life ni” – [VIDEO] Cubaan Samun Bersenjata Gagal, Lelaki Ditangkap Oleh Mangsanya Sendiri

Ft Samun

Seorang penjenayah lelaki bukan sahaja tidak berjaya menyamun tetapi juga ditangkap oleh mangsanya sendiri. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Jalan Metro Perdana Barat 2, berhampiran Bank Standard Chartered baru-baru ini di mana dia telah cuba menyamun seorang lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun.

Ketika kejadian jam 11.15 pagi itu, suspek yang merupakan warga tempatan berusia 34 tahun itu menggunakan parang berukuran 40cm sebagai senjata. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata suspek mengacukan senjata ke leher mangsa dan meminta wang sebanyak RM15,000 milik syarikat yang dibawa bersamanya ketika itu.

Suspek cuba untuk melarikan diri ke arah rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal. Namun, percubaan suspek untuk melarikan diri bersama wang tunai tidak berjaya kerana telah ditahan oleh mangsa dengan bantuan pengawal keselamatan peribadi.”

Samun1

Rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dan suspek yang berjaya ditangkap itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Semakan jenayah lampau mendapati suspek tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah.

Video ketika suspek ditangkap sudah mula tersebar di media sosial di mana dia dilihat terbaring di atas jalan tar dan ditahan daripada cuba melarikan diri. Seorang lelaki boleh didengari berkata,

Jangan bangun! Jangan bangun!”

Tidak dinyatakan siapa individu yang mengacukan pistol ke arah mangsa ketika itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hubungi Bilik Gerakan IPD Sentul.

Suspek direman selama 7 hari dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Polis turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada terutamanya ketika membuat urusan melibatkan wang tunai. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membawa wang tunai yang banyak bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penjenayah.

Baca: [VIDEO] Orang Awam Belasah Pelajar Mabuk Berusia 18 Tahun Sebab Cuba Lari Lepas Langgar Lampu Merah & Rempuh Kereta Lain

Ft Pemandumabuk

Sumber: Twitter