in

[VIDEO] Orang Awam Belasah Pelajar Mabuk Berusia 18 Tahun Sebab Cuba Lari Lepas Langgar Lampu Merah & Rempuh Kereta Lain

Ft Pemandumabuk

Sudah pernah berlaku sebelum ini kes pemandu mabuk dipukul oleh orang awam kerana menyebabkan kemalangan dan mengorbankan nyawa. Kali ini, seorang pelajar kolej dilaporkan telah dipukul oleh orang awam selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan berlaku kemalangan.

Menurut sebuah portal, lelaki berusia 18 tahun itu telah melanggar lampu isyarat merah berdekatan Bukit Bintang menghala ke arah Kampung Pandan. Kejadian itu berlaku Ahad lepas (6 Disember) pada jam 11.30 malam dan tindakan remaja tersebut melanggar lampu merah telah menyebabkan dia bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Lelaki1

Dia kemudian cuba untuk melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan itu namun telah berjaya ditahan oleh orang awam di tempat kejadinan. Ramai yang berada di sekeliling merakamkan video kejadian tersebut di mana remaja itu dilihat telah dibelasah oleh orang awam.

Tonton video di sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, ketika kejadian itu berlaku suspek turut membawa penumpang iaitu kawannya berusia 18 dan 19 tahun yang juga.

“Kereta itu melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan lain, namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.”

Lelaki2

Pihak polis dilaporkan tiba sejurus selepas menerima laporan dan telah melakukan ujian pernafasan alkohol terhadap suspek. Polis mendapati paras kandungan alkohol dalam darahnya melebihi had ditetapkan dan terus menahan suspek di tempat kejadian.

“Pemandu yang menyebabkan kemalangan itu didakwa di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tetapi kerana dia berada di bawah umur dalam undang-undang yang berkaitan, dia dibebaskan dengan jaminan RM4,000.”

Polis juga akan melakukan siasatan di bawah Seksyen 79 (2) undang-undang yang sama. Video ketika kejadian yang dirakam orang awam menjadi tular di media sosial selepas ada pihak yang turut memuat naik semula di Youtube.

Baca: [Video] Pemandu Mabuk Cari Gaduh, Tunjuk Jari Tengah Dekat Pegawai DBKL Lepas Dihalang Pandu Laju

Mabuk2

Sumber: ChinaPress
Sumber: ChinaPress