in

“Frontliner MEMANGGIL dari RUMAH KE RUMAH tapi masih ‘MENOLAK'” – Sukarelawan Sabah Sedih, Ramai Penduduk Tak Mahu Buat Swab Test

Frontliners Kita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah berkali-kali kita dengar nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa kita harus sama-sama mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan dan memberi kerjasama kepada frontliners dalam melakukan tanggungjawab mereka tambahan pula ketika penularan wabak COVID 19 kian meningkat.


Namun luahan hati seorang sukarelawan frontliners di Sabah ini buatkan admin sangat bersimpati dengan situasinya.

Menerusi perkongsian Asmah Binti Kadir di Facebook, dia menceritakan betapa susahnya frontliners ingin memberi kesedaran kepada masyarakat setempat untuk membuat ujian swab test COVID 19 demi kebaikan semua. 

 

“Tidak mudah memberi kesedaran. Hatta ianya PERCUMA”

Menurutnya, ketika ini COVID 19 menular di Sabah dengan dahsyatnya dan atas permintaan penduduk anggota frontliners turun padang untuk membuat ujian swab test untuk mengesan COVID 19 di sesuatu kawasan tersebut.

Namun apa yang menyedihkan, bila mereka sudah datang ke lokasi atau menguar-uarkan penduduk untuk datang ke pejabat kesihatan yang terbabit, penduduk pula yang tidak mahu datang.

Yang lagi best, ujian ini free tetapi masih ada penduduk yang tak mahu datang membuat swab test tersebut.

Front 1

120931947 2709034192694830 5402292913526048493 N

120892231 2709034329361483 4584268360466823576 N

 

“Pakai PPE tu berjalan-jalan tengah panas MEMOHON untuk pegilah buat cek!” 

Disebabkan cara yang di atas tidak jalan, frontliners mengambil keputusan untuk pergi dari rumah ke rumah meminta atau memohon penduduk di kawasan tersebut untuk membuat ujian swab test.

Kasihan… sudahlah panas dalam PPE lepas tu letih berjalan dari rumah ke rumah. Haih! 

Front 2

120900232 2709034389361477 4233340125051618818 N

120955113 2709034479361468 6294474245209943834 N

120972046 2709034582694791 3239335398552598907 N

Sedih admin tengok frontliners ni bertungkus lumus bertugas dan buat apa saja demi nak mengekang penularan wabak ini. Bagi korang yang terlibat tu, tolonglah beri kerjasama. Jangan mengelak atau melarikan diri bila KKM minta buat ujian swab test dan sebagainya.

Semoga frontliners kita terus tabah! 

Baca: Berjam-jam Pakai Sut PPE Sampai Sesak Nafas, Frontliners Rebah Bawah Meja

Kesian

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.