in

Berjam-jam Pakai Sut PPE Sampai Sesak Nafas, Frontliners Rebah Bawah Meja

Feat Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Indonesia kini, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan telah pun mencecah sehingga lebih daripada 300,000 kes.


Peningkatan kes positif secara mendadak ini telah menyebabkan para frontlinersnya terpaksa bekerja keras untuk membendung penularan wabak ini.

Faktor bilangan penduduknya yang terlalu ramai selain sikap masyarakat yang enggan mematuhi SOP menyebabkan kes positif Covid-19 ini terus meningkat setiap hari.

Para frontliners pula menjadi mangsa terpaksa bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengorbankan waktu rehat demi membendung pandemik ini.

Baru-baru ini, seorang wanita yang bertugas sebagai salah seorang frontliner telah memuat naik sebuah klip video di aplikasi Tik Tok miliknya dengan menggunakan nama akaun @pujiismalita yang menunjukkan keadaan di salah sebuah pusat rawatan di sana.

Tik Tok 1

 

Menyaring ratusan sampel Covid-19 setiap hari

Rakaman video tersebut jelas menunjukkan frontliners yang masih memakai sut PPE sedang terbaring sampai di bawah meja kerana terlampau penat bertugas.

Malah caption yang ditulis juga menunjukkan bahawa mereka penat disebabkan terpaksa menyaring sampel-sampel Covid-19 yang bertambah setiap hari sehingga mencecah sampai ratusan sampel!

Ketika sampel covid setiap hari bertambah dengan jumlah ratusan

Wow, banyak tu. 

 

Berjam-jam menyarung sut PPE

Tik Tok Hazmat

Menurut wanita itu lagi, mereka terpaksa memakai sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sehingga berjam-jam lamanya!

Hal ini kerana, mereka telah ditugaskan di bahagian makmal dan perlu sentiasa menyarung sut tersebut ketika melaksanakan tugas penyaringan sampel Covid-19 yang diterima.

Disebabkan sut tersebut diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak menyerap peluh untuk tujuan perlindungan, sudah tentu si pemakainya akan berasa panas dan sesak nafas apatah lagi apabila terpaksa memakainya dalam tempoh waktu yang sangat lama.

Susulan itu, mereka turut mengalami sesak nafas dan kepanasan sehingga ada yang rebah di lantai kerana tidak tahan panas.

Berjam-jam menggunakan hazmat, sesak nafas kami rasakan

 

Ini adalah pilihan kami

Dalam video tersebut, dia ada juga meletakkan caption yang mengatakan bahawa menjadi seorang frontliners ini adalah sememangnya pilihan mereka.

Mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa demi memastikan pandemik Covid-19 ini dapat dibendung penularannya.

Wanita itu juga sempat menitipkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya yang lain supaya tidak berputus asa dan terus gigih melaksanakan tugas mereka.

Iya tau, ini adalah pilihan kami. Tetap semangat guys

 

Kuatkan semangat wahai wira – Netizens

Klip video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 1 juta tontonan.

Rata-rata netizen juga turut memberikan komen-komen yang positif dengan memuji ketabahan para frontliners ini dalam mencegah wabak Covid-19.

Terdapat juga komen-komen yang meluahkan rasa simpati melihat keadaan frontliners yang bergelimpangan seperti itu.

Komen Tik Tok 1

Komen Tik Tok 2 Komen Tik Tok 3

 

Apa-apa pun, semoga para frontliners ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19 ini. 

Baca: “Kalau nak makan kena bukak semua dulu” – [VIDEO] Petugas Kesihatan Kongsi Cara Pakai Personal Protective Equipment PPE Frontliner Wabak Covid-19

Baca Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.