in

[FOTO] Sebak! Ini Situasi Jemaah Di Masjid Nabawi Selepas 2 Bulan Ditutup Sebab COVID-19

Featured Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Arab Saudi baru sahaja melaporkan lebih 90,000 masjid disana telah dibuka semula setelah kira-kira dua bulan ditutup kerana pandemik COVID-19.

Menerusi Arab News, Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh dalam satu kenyataan beliau mengumumkan tentang masjid disana telah sedia untuk menyambut para jemaah.


Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati masjid-masjid ini sudah lengkap bersedia dan dalam keadaan yang terbaik untuk dibuka semula” – Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh

Bagaimanapun, masjid di kawasan Mekah adalah terkecuali setakat ini.

Masjid1

Apa yang menjadi tarikan ramai, selepas pengumuman itu. Terdapat beberapa keping gambar keadaan jemaah di Masjid Nabawi yang mengundang rasa syahdu.

Gambar itu telah dimuat naik oleh Facebook rasmi Masjid Al-haram dan Twitter @OKAZ_online.

 

Masjid2

Masjid3

Masjid6

Masjid9

Masjid7

 

Masjid8

Sementara itu, terdapat juga video azan subuh berkumandang yang menimbulkan kerinduan pada para jemaah.

 

SOP masjid di Arab Saudi.

Difahamkan, pembukaan masjid ini adalah selaras dengan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kementerian.

  1. Memakai topeng
  2. Penjarakan sosial dalam dua meter 
  3. Para jemaah perlu berwudhu dari rumah
  4. Menggunakan sejadah yang dibawa dari rumah.
  5. Jemaah digalakkan membawa Al-Quran sendiri atau menggunakan aplikasi telefon 
  6. Warga emas di nasihatkan untuk solat di rumah sahaja.
  7. Kanak-kanak dibawah 15 Tahun tidak dibenarkan datang.

Sama-sama kita berdoa supaya kita boleh menjalani ibadah seperti dahulu.

 

Baca: [FOTO] Ratusan Muslim Di Jerman Solat Sunat Hari Raya Di Kawasan Parkir IKEA Untuk Jaga Social Distance

Annotation 2020 06 01 123622

Sumber: Arab News
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.