in

[FOTO] Ratusan Muslim Di Jerman Solat Sunat Hari Raya Di Kawasan Parkir IKEA Untuk Jaga Social Distance

Feature 1 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan norma baharu yang perlu dipatuhi oleh masyarakat di seluruh dunia, sambutan hari raya kali ni pun tak semeriah tahun lepas. Ramai yang solat sunat Aidilfitri kat rumah je kan. 



Namun, di Jerman ni lain sikit sebab pihak IKEA telah membenarkan Muslim di negara tersebut untuk menunaikan solat sunat hari raya di parking IKEA, lapor Daily Mail. Alhamdulillah, urusan ibadat dipermudahkan. 

Solat 1 1

Difahamkan, ratusan umat Islam telah menunaikan fardhu kifayah itu dengan mengamalkan social distance sebab dorang perlu ada jarak 1.5 meter antara satu sama lain. Bagus ni ikut peraturan. 

Pengerusi Masjid Wetzlar, Kadir Terzi sebelum tu telah meminta kebenaran dari pihak kedai perabot terbabit untuk menunaikan solat Aidilfitri sebab masjid dorang tak mampu nak menampung jemaah kalau nak solat dalam keadaan penjarakan sosial.

Solat 4 1

Para jemaah yang datang juga diwajibkan untuk bawa sejadah sendiri dan memakai facemask.

Jom tengok gambar-gambar sepanjang solat hari raya kat sana.

Solat 3 1

Solat 5

Solat 6

Ni lah buktinya kita boleh hidup dalam keadaan aman damai walaupun berlainan agama. Kena lah bertolak ansur kan. 

Baca: “Kita boleh try buat jugak kot” – Siap Jarak 2 Meter, Muslim di Tel Aviv Solat Tarawih Di Kawasan Parking Untuk Elak Covid-19

Solat 2 1

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.