in

“Fetish apa pulak ni?” – Iklan Pelanggan Cari ‘Escort Girl’ Positif COVID-19 Bikin Netizen Risau

Escort Girl Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Nak yang dah dijangkiti je. Kerja bermula jam 10 malam. Klien nak positif.”

Pelik dan merisaukan. Itu adalah dua perkataan yang sesuai bagi menggambarkan satu posting di laman sosial Facebook baru-baru ini yang tular dimana seorang klien sedang mencari gadis peneman (escort girl) dengan ciri yang spesifik.


Memetik laporan Thaiger News, menurut posting yang kini viral, seorang pelanggan difahamkan sedang mencari seorang escort girl yang positif COVID-19. Aik? Biar betik ni?

Prueba Pcr E1642214121919
Gambar hiasan

Klien terbabit juga meminta escort girl yang berminat dengan iklannya itu untuk membawa dua kit ujian kendiri yang membuktikan dia positif wabak maut terbabit.

อะไรกันครับเนี่ย ?

Posted by หมอเวร on Monday, January 10, 2022

“Escort girl juga perlu terbuka dengan pengambilan dadah untuk jadikan parti Covid ni lebih menarik,” tulis iklan itu lagi.

Dikhabarkan, klien terbabit menawarkan wang berjumlah 3,000 hingga 5,000 baht (sekitar RM376-RM627) dengan tambahan 600 baht (RM75) untuk broker yang menguruskan pencarian escort girl terbabit.

Perkongsian terbabit sudah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial. Ada yang berharap ia hanyalah satu gurauan saja. Tak kurang juga, ada yang meneka mungkin ini adalah fetish baru masyarakat zaman ini. Ada pula yang membuat spekulasi mungkin klien terbabit mahu dijangkiti virus COVID-19 untuk menuntut wang insurans kesihatan.

Sumber: Thaiger News

Baca: “Suka bau jee sis” – Penceramah Dedah ‘Fetish’ Pelik Orang Zaman Sekarang, Suka Beli Baju Kurung Satin ‘Preloved’ Untuk Puaskan Nafsu?

Hati E1642212343839

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.