in

“Suka bau jee sis” – Penceramah Dedah ‘Fetish’ Pelik Orang Zaman Sekarang, Suka Beli Baju Kurung Satin ‘Preloved’ Untuk Puaskan Nafsu?

Hati

Jika korang follow penceramah bebas dan influencer media sosial seperti Akhi Fairuz Al-Jengkawi, pasti korang akan terbaca macam-macam kisah berkaitan gangguan seksual yang tak terjangkau di fikiran berlaku di sekeliling kita.

Kisah-kisah benar ini memberi banyak pengajaran dan juga peringatan supaya kita sentiasa berwaspada dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

117056351 3259528570781202 2485128486510826915 N

Terbaru hari ini, Akhi Fairuz berkongsi kisah mengenai ‘fetish’ orang zaman sekarang yang tersangatlah pelik iaitu suka membeli baju kurung satin untuk memuaskan nafsu sendiri. Ish, ish! 

Menerusi perkongsiannya di Facebook, bagi yang tak faham apa itu fetish, ia merujuk kepada kecenderungan individu dengan rangsangan seksual/hawa nafsu terhadap objek.

“Objek tu boleh jadi baju, telekung, tudung, selipar, kasut tumit tinggi, kain satin, baju kurung sekolah, purdah dan pelbagai lagi kegilaan. 

“Dengan objek itu dia akan membayangkan sesiapa sahaja demi puaskan nafsu tak kira apa jua cara. Biasanya dia akan beronani,” jelasnya.

 

“Kalau fetish boleh beli ke sis?” 

Melalui perkongsiannya, terdapat beberapa screenshot yang menunjukkan perbualan seorang penjual ingin menjual baju kurung satin miliknya di sebuah page ‘preloved’.

Penjual itu kemudian telah dihubungi oleh bakal pembeli yang menyatakan hasratnya untuk membeli tetapi dengan tujuan ‘fetish’.

191918701 4097376853663032 8140589936108157935 N

Mula-mula seller tak faham dengan apa yang dimaksudkan pembeli tersebut tapi bila pembeli tu explain yang dia nak beli kerana ‘suka bau’ baju itu, terus seller tu tak jadi nak jual.

Malah pembeli tu siap cerita lagi yang sebelum ini dia pernah kena marah kerana beritahu niatnya untuk mendapatkan pakaian tersebut kerana ingin memuaskan ‘fetish’nya. Hadoi macam-macam.

Nah korang bacalah perbualan penuh mereka kat bawah ni.

 

Adakah ‘ia’ normal? 

Menurut Akhi Fairuz, fetish adalah perkara yang tidak normal dan dikategorikan sebagai parafilia iaitu kehendak seksual yang tidak normal.

Malah mereka yang terlibat juga berani menyatakan hal ini dengan terbuka kerana kebanyakannya menggunakan fake account. 

Bagi seller yang terjumpa dengan buyer seperti ini anda dinasihatkan untuk menulis,

“Aku Berlindung Dari Syaitan yang Direjam, juga kejahatan Manusia Bernafsu Iblis,” kata Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Uish seram lah min baca macam-macam perangai orang zaman sekarang ye! Semoga kita semua dijauhi dari orang macam ni. 

Baca: “Menjijikkan!” – Pelajar Agama Didakwa Buat Undian Jijik, Salahguna Gambar Ustazah Jadikan Bahan Pornografi

Censored

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook