in

Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal ‘Bapa Ayam’ Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Scandal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin yakin ramai di antara kpop fans kat luar sana terutamanya peminat kumpulan Big Bang sekarang mesti tertanya-tanya mengapa Seungri ingin bersara dan skandal ‘bapa ayam’nya yang kian meletop-letop di media sosial.


Meskipun perkara ini masih lagi dalam siasatan, ada di antara fans kpop di luar sana sudah mula mendedahkan bukti berkaitan hal tersebut.

Seungri Instagram Ratio
sumber: blog

Untuk tidak mahu buat korang clueless dan tertanya-tanya lagi, ini admin berikan details yang kpop fans perlu tahu tentang skandal pelacuran Seungri Big Bang. 

 

Bersara lepas terkait kes jadi bapa ayam dengan melacurkan perempuan

Menerusi portal Soompi, Seungri telah mengumumkan persaraannya pada 11 Mac lalu lepas dikatakan terkait dengan kontroversi menjadi bapa ayam dalam kes pelacuran di sebuah kelab bernama Burning Sun.

Seungri 1
sumber: soompi

 

Kantoi jalankan pelacuran selepas ‘text message’ didedahkan ke pasukan anti rasuah

Ramai fans yang membaca posting di atas merasa tak percaya dengan apa yang berlaku, sehinggalah sumber mendedahkan mesej yang menunjukkan Seungri ‘order pelacur’ untuk kelab Burning Sun kepada pihak anti rasuah. Kes ini jugak melibatkan polis, ahli politik dan beberapa figura penting di Korea.

Berikut antara perkara yang didedahkan fans di Twitter.

S1

S 2

S 3
sumber: twitter

 

9 artis lelaki Korea ini melanggan pelacur menerusi Seungri

Kes ini beri impak besar kepada industri hiburan kpop apabila 9 orang artis lelaki lain jugak didedahkan melanggan pelacur daripada Seungri. Mereka ini dikatakan telah berinteraksi di laman mesej KakaoTalk dan perkara ini seterusnya menjadi bukti dakwaan bahawa Seungri telah bertindak sebagai ‘broker’ atau bapa ayam, lapor Kmania.

Antara yang terbabit langgan pelacur ialah Jung Joon Yong yang telah merakam seks ‘kinky’ dengan mangsa (pelacur) tanpa kerelaan dan kemudian share video tersebut di laman KakaoTalk. 

Seungri Junjoonyong2
sumber: kmania

Manakala artis yang lain pula ialah Choi Jong Hoon (FT Island), Yong JunHyung, Lee Hong Ki (FT Island), Zico (Block B), Roy Kim, Lee Jong Hyun (CN Blue) dan Kwon Huk Jun (abang Kwon Yuri SNSD). Buruknya perangai! 

 

Daripada tertuduh, Seungri kini suspek utama kes pelacuran 

Malang sekali nampaknya bagi Seungri apabila polis telah mengesahkan perbualan di KakaoTalk itu asli dan segala bukti yang didedahkan mengenai ahli kumpulan kpop ini benar.

Menurut Kmania, pihak polis sudah pun mengeluarkan waran menggeledah kelab yang terbabit sebagai salah satu daripada siasatan kes pelacuran.

Rata-rata fans berpendapat, peguam Seungri boleh saja mencabar kebenaran disebalik perbualan KakaoTalk tersebut tapi terpulanglah macam mana kesudahan kes ini.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan ‘men are trash’? Semoga peminat kpop sekalian bertabah ye. 

Baca: “Dia mangsa bukan pendera” – Netizen Dedah Bukti Mengejutkan Selama Ini Johnny Depp Didera Isteri Sendiri!

Johnny Amber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.