Seorang guru haruslah memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya anak murid yang diajar. Macam cikgu yang seorang ni, dia guna cara lain dari yang lain dalam pembelajaran. Fazri Hassan, salah seorang warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah jadi viral lepas dia tunjuk dirinya sebagai ‘pameran seni bergerak’.
Menurut mStar, Fazri yang mengajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bahasa Melayu berjalan mengelilingi sekolah dengan memakai baju kemeja berwarna putih dipenuhi dengan hasil lukisan anak muridnya.
Fazri berjalan keliling sekolah dan ambil gambar dengan guru-guru yang lain, pekerja kantin dan juga anak-anak murid untuk tujuan kempen kesedaran. Dia sendiri ada upload beberapa gambar dekat Twitter dan memberitahu dia berbuat sedemikian untuk menghargai hasil seni anak-anak murid Pendidikan Khas tersebut.
“I’m a moving art exhibition today! ?? Penutup bagi projek unsur seni. Demi menghargai hasil seni murid murid P.khas saya walaupun tidak seberapa namun mendidik untuk menghargai usaha itu lagi penting. Maka jadilah saya pameran seni bergerak di sekolah hari ini.”
Lukisan pada kemeja putih yang dipakai itu adalah hasil kerja 10 orang anak muridnya berusia 8 hingga 10 tahun. Katanya, ia adalah salah satu hasil projek untuk subjek Pendidikan Seni di sekolah tu.
“Baju yang dipenuji gambar pelbagai warna itu siap pada Jumaat lepas dan anak-anak murid saya meminta saya sendiri memakai kemeja itu.
“Jadi, pada pagi Isnin baru-baru ini saya terus memakai kemeja yang dipenuhi lukisan berkenaan dari pagi sehingga selesai mengajar pada hari tersebut.”
So inspiring. Seronok tengok murid tu semua happy dapat tunjuk bakat masing-masing.
Baca: “Kawan terbaik!” – Pelajar Kendong Sahabat OKU Dari Rumah ke Kelas Sejak Usia 6 Tahun