in

“Dulu kau buli aku kan!” – Simpan Dendam 50 Tahun, Lelaki 69 Tahun Tembak Mati Kawan Kelas Masa Reunion

Tembak Pembuli E1636252658601

Selepas 50 tahun menyimpan dendam, seorang mangsa buli akhirnya melepaskan rasa yang terbuku di dada pada reunion baru-baru ini. Menurut WORLD OF BUZZ, Thanapat, seorang pesara tentera laut berusia 69 tahun menghadiri reunion bersama bekas rakan sekelas yang pernah membulinya di sekolah dulu.

Mereka semua merupakan rakan sekelas pada tahun 1966 tetapi masing-masing dah terputus hubungan selama lebih 50 tahun. Baru-baru ni, mereka mengadakan satu perjumpaan di sebuah kedai di mana masa mereka dihabiskan dengan berbual dan minum arak.

Shoot
sumber: china press

Salah seorang bekas rakan sekelas Thanapat bernama Suthud merupakan individu yang selalu membuli dia di sekolah dulu. Kiranya Suthud ni ketua lah, jadi dia akan ajak rakan-rakan lain untuk tanam Thanapat hidup-hidup.

Menurut Thanapat, dia hampir mati tetapi berjaya melepaskan diri dan telah dibuang sekolah serta merta selepas insiden itu. Sepanjang reunion tu, Thanapat rasa tak boleh terima bila tengok semua rakan kelas ni buat macam tak ada apa yang berlaku masa dekat sekolah dulu.

Masa dia tengah duduk sorang-sorang, Thanapat mula teringat balik semua memori hitam yang dia lalui sewaktu menjadi mangsa buli rakan sekelas dia semua. Tiba-tiba, disebabkan tak tahan lagi Thanapat keluarkan pistol dia dan tembak Suthud dekat perut menyebabkan lelaki itu terbaring di atas lantai, berlumuran darah.

Tembak1
gambar hiasan

Ada beberapa bekas rakan sekelas dia yang larikan diri dari situ tapi ada juga yang segera bawa Suthud ke hospital tetapi malangnya dia disahkan maut. Thanapat bagaimanapun tak melarikan diri, sebaliknya dia duduk je dan nyalakan rokok berseorangan dekat kedai tu. Polis tiba tak lama lepas tu dan rampas pistol Thanapat.

Selain tu, pihak polis ada juga jumpa beberapa jenis pistol lain dekat tempat kejadian tetapi menurut Thanapat dia dibenarkan untuk simpan senjata selepas dia bersara. Katanya, dia sama sekali tak menyesal dengan apa dia dah buat dan akhirnya dia rasa macam dia berjaya tanam Suthud hidup hidup. Kes masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: “Saya dah tak boleh tahan lagi” – Pelajar Malaysia Di Universiti Utah Bunuh Diri Lepas Depress Dibuli Pelajar Kulit Putih

Jerusha Sanjeei