in

“Dulu dia rajin solat tapi lepas gian mekap ni dia tak pernah solat….”

Solat4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita dan solekan sememangnya bagai kertas dengan dakwat, tidak dapat dipisahkan. Sepertimana lelaki menggemari bola sepak, begitulah wanita yang menggemari alat solek dan sering mahu kelihatan cantik.


Namun, setiap perkara pasti ada baik buruknya. Begitulah seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini yang menceritakan bagaimana solekan mengubah hidup seorang gadis dikenalinya.

Twitter 4
sumber: twitter

Menurut perkongsian itu, gadis tersebut merupakan rakannya yang pada asalnya berperwatakan kasar dan seorang yang kepoh.

Mereka berdua mengenali antara satu sama lain ketika di bangku sekolah. Pada usia 11 tahun, mereka mula berkawan namun hubungan mereka tidaklah terlalu rapat kerana dia sendiri tidak menggemari perangai gadis itu yang dikatakan pernah mengutuknya.

Gadis itu juga sering mengusik rakan-rakan yang lain dengan sangat kasar selain turut memanggil orang dengan nama panggilan tidak elok. Pendek kata, wanita ini tidak menunjukkan ciri-ciri wanita yang lemah lembut dan sopan santun.

“Suka hati dia panggil orang hitam, gemuk, bodoh dan macam-macam lagi. Lepas tu mengutuk.”

Student 1
gambar hiasan

Dia juga dikatakan sering bercakap belakang tentang orang lain. Apabila sudah mendapat apa yang dimahukan dari seseorang rakan, dia akan melayan individu itu seperti ‘sampah’. Selain berperangai sebegitu, dia juga berkawan dengan seseorang untuk kesenangan dan kepentingannya. Ramai sebenarnya orang perangai macam ni.

Kau kaya? Dia kawan. Kau pakai iPhone? Dia kawan. Kau ada lesen dan kereta? Yup.”

Menurutnya lagi, gadis itu berkawan dengannya kerana dia merupakan pelajar pandai dan kesayangan guru di sekolah. Ketika di usia 18 tahun, dia mendapat tahu rakannya menyambung pelajaran ke Tingkatan 6. Pada ketika itulah, minatnya terhadap solekan mula lahir. 

Highlight muka dia macam buku sejarah (tebal). Memang glowing berkilat macam kepala orang botak. Sumpah scary.”

Beberapa bulan selepas itu, dia mendapat tahu daripada seorang rakan bahawa gadis itu mula mencukur keningnya.

K1
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, disebabkan solekan juga gadis itu mula mengambil ringan perihal solat. Malah, rakan karib gadis itu sendiri pernah memberitahunya,

Dulu dia rajin solat tapi lepas gian mekap ni dia tidak pernah solat.”

Apabila ditanya mengapa dia sanggup meninggalkan solat, gadis itu menjawab,

Membazir mekap nanti kalau asyik (ambil) wuduk. Nak pakai lagi dan lagi.”

Mekap
gambar hiasan

Dia mengakhiri perkongsian itu dengan menasihati wanita yang suka bersolek supaya tidak memakai mekap berlebihan kerana akan merosakkan kulit.

“Nak mekap cantikkan muka tu takpe. Kalau boleh cantikkanlah akhlak tu. Benda tu lagi penting.”

Janganlah disebabkan minat terhadap sesuatu benda itu, akhlak dan hidup kita berubah…

Baca: Wanita Diceraikan Selepas Sebulan Bernikah Kerana Suami Tidak Suka Melihatnya Tanpa Mekap

Mekap 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.