Wanita Diceraikan Selepas Sebulan Bernikah Kerana Suami Tidak Suka Melihatnya Tanpa Mekap

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai pasangan suami isteri, sikap toleransi dan menerima baik buruk masing-masing itu adalah antara perkara penting dalam setiap perhubungan. Kita sudah semestinya mengharapkan pasangan yang disayangi itu menerima kekurangan kita kan?

Namun, bagi seorang wanita ini pula, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kekurangannya itu merupakan sebab suaminya meminta cerai.

Seorang netizen berkongsi di Twitter mengenai kisah di mana satu pasangan bercerai hanya selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Sumber: Twitter

Menurut wanita itu, rakannya telah menghubunginya pada satu hari bertanyakan tentang prosedur cerai sambil menangis teresak-esak. Pasangan itu dikatakan telah membuat permohonan cerai di mahkamah pada 29 Jun lalu.

Bukan hanya terkejut kerana pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan selama 4 tahun sebelum berkahwin, tetapi juga terkejut dan tidak percaya dengan alasan yang diberikan suami.

Menurut wanita itu, suaminya memohon cerai kerana tidak menerima isterinya itu tidak bersolek!

Dia tak suka aku tak pakai make up.”

Gambar hiasan

Ingin tahu lebih lanjut, dia kemudian bertanya kepada rakannya itu sama ada suaminya pernah melihatnya tanpa solekan sebelum berkahwin ataupun tidak. Jawapan yang diberi wanita itu ternyata mengejutkannya.

Hang tak pernah keluar dengan dia tanpa make up ke sebelum kahwin?”

Tak pernah, laki (suami) aku tak bagi. Dia siap beli make up suruh aku pakai.”

Suaminya malah pernah melarangnya tidur bersama di atas katil kerana tidak memakai solekan. Takkan la tidur pun nak pakai mekap kan?

You tak make up macam selalu, you jangan tidur sebelah I. I tak suka.”

Itulah kata-kata yang pernah keluar dari mulut suaminya. Meskipun begitu, rakannya masih sanggup menerima suaminya itu kerana terlalu sayangkannya. Ni yang masalah ni…

Pernah ditanyakan mengapa mahu isterinya memakai solekan selalu. Dia menjawab, I ni bekerjaya. I nak bini I orang pandang lawa sentiasa”.

Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata ternyata tidak dapat menerima apa yang dilakukan lelaki berkenaan.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ada juga yang menganggap kisah itu rekaan dan penipuan hanya untuk memburukkan kaum lelaki.

Sumber: Twitter

Malangnya, semakin hari alasan dan punca perceraian menjadi semakin remeh. Seorang netizen turut berkongsi kisah suami isteri bercerai kerana ubat gigi. Apa benda lah…

Sumber: Twitter

Antara punca perceraian remeh yang pernah berlaku termasuklah kerana pasangan lupa pam tandas, berebut rancangan televisyen dan tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.

Adakah manusia makin hilang sikap toleransi. Terimalah kelemahan pasangan masing-masing dan bersama usaha perbaiki setiap kelemahan yang ada.

Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Lily Cartina

Peminat Punk Rock dan Sastra!