in

“Duit hantaran bayar dara ke?” – Netizen Triggered DJ Ni Kritik Perempuan Minta Hantaran Mahal Tapi ‘Malam Pertama Tak Ada Dara’

Maluapabossku
Lobak Merah
Lobak Merah
"Duit hantaran bayar dara ke?" - Netizen Triggered DJ Ni Kritik Perempuan Minta Hantaran Mahal Tapi 'Malam Pertama Tak Ada Dara'
Loading
/

Dalam zaman viral ni, sesetengah orang sanggup buat apa saja untuk dikenali dan mendapat perhatian netizen. Satu sebab mungkin kerana dorang nak buat bisnes dan bila nama dorang viral, senang sikit nak marketing produk.

Lagi satu sebab, mungkin kerana dorang saja nak dapat perhatian dengan buat benda bodoh di media sosial. Bila dah viral dan kena kritik, barulah tahu rasa malu.

Baru-baru ni, ada seorang so called ‘DJ’ telah viral di Twitter gara-gara ayat yang dia sebut dalam video kat bawah ni. Admin boleh gerenti ramai perempuan yang triggered lepas tengok video ni. 

 

“Antara 15 ribu 20 ribu 25 ribu, malam pertama dah takde dara bossku” 

Menerusi video yang viral di Twitter, seorang DJ yang dikenali sebagai DJ Vace ini dah buat 99% wanita kat media sosial marah. Ini berikutan kata-katanya yang mengecam sesetengah wanita yang minta hantaran mahal tetapi ‘malam pertama dah tak ada dara’ katanya. Uish! 

Bossku
sumber: twitter

 

“Mana tahu malam pertama dah takde dara? Macam ada pengalaman je” 

Rata-rata netizen terutamanya perempuan memang tak puas hati dengan DJ Vace dan perkara yang dikatakannya tu. Kebanyakannya mengkritik adakah semua lelaki melihat hantaran sebagai bayaran kepada dara seorang wanita? Plus ada yang siap kata, lelaki nak yang suci tapi diri sendiri dah tak teruna. Ops! 

Dara Anak Dara
sumber: twitter

 

“Dah rupa macam dj pakaian hari-hari” 

Selain daripada apa yang di’DJ’kannya tu jadi pertikaian, ramai netizen juga tak puas hati dengan gaya DJ tersebut. Pasang lagu dangdut lepas tu tak sampai beberapa saat potong lagu untuk bercakap. Tak guna juga kan ada peralatan mahal tapi hanya ber’DJ’ gaya pasar malam je.

Ew
sumber: twitter

Apa-apapun admin harap golongan lelaki mahupun netizen lain hentikanlah persoal atau bercakap soal dara teruna ni. Isu ini hanya akan timbul perdebatan antara gender saja. Banyak lagi benda berfaedah yang korang boleh bincangkan. 

Baca: “Memang lakulah produk ni pada anak dara pecah l*bang” – Rizulala Bikin Kontroversi, Jual Produk ‘Kembalikan Dara’

Dara