in

Dua Rakyat Malaysia Terkorban Di Krabi Selepas Bot Yang Dinaiki Terbalik

Krabi Bot Terbalik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percutian bertukar tragedi apabila seorang ibu yang sedang hamil serta anaknya berusia 6 tahun terkorban kerana bot yang dinaiki mereka terbalik selepas dipukul ombak besar di sebuah pantai berdekatan wilayah Krabi, Thailand.


Menurut laporan The Sun, wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka sedang dalam perjalanan menuju Pulau Poda kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Pexels Pok Rie 10189191
Gambar hiasan

Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar sehingga menyebabkan ia terbalik.

“Keluarga itu dan pengendali bot hanyut di laut sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan. Kesemua mereka dibawa ke darat di Jeti Klong Sai dan dikejarkan ke Hospital Krabi.

Wanita itu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri ketika nelayan menemukan mereka. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata suaminya dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan dilaporkan dalam keadaan baik, kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Difahamkan, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata pejabat konsulat dalam usaha memberikan bantuan yang sewajarnya untuk menghantar pulang jasad mangsa ke Malaysia.

Baca: Pasangan Suami Isteri Kemalangan, Bayi Sulung Terkorban Angkara Lori Terlebih Muatan

Kemalangan Grik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.