in

Pasangan Suami Isteri Kemalangan, Bayi Sulung Terkorban Angkara Lori Terlebih Muatan

Kemalangan Grik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi kehilangan anak yang baru sahaja dilahirkan.


Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan yang menyayat hati di mana kereta mereka telah bertembung dengan sebuah lori yang dipandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian bayi sulung mereka.

Kenderaan yang dipandu oleh si suami telah terbalik selepas bertembung dengan sebuah lori di laluan Gerik baru-baru ini.

Tiket Aff Mahal 2

Kejadian malang itu telah meragut nyawa bayi sulung mereka, manakala si isteri pula mengalami kecederaan parah di bahagian rahim, tulang belakang serta tulang rusuknya.

Menurut laporan Kosmo!, lelaki tersebut telah berkongsi luahannya dalam group Dashcam owner Malaysia kerana amat marah dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.

“Semasa kejadian, saya bersama isteri saya mengalu-alukan bayi kami datang ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu (pemandu lori) telah membawa bayi kami pergi.

Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan, tetapi sebab kecuaian pemandu dan pihak syarikat terlibat telah menyebabkan kejadian ini berlaku.

Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan telefon untuk meminta maaf atau tanya khabar,” tulisnya.

Insiden tersebut sudah pastinya membuatkan lelaki berkenaan hampa dan sedih atas kehilangan bayi sulungnya itu, malah dia turut berharap syarikat berkenaan tampil membuat permohonan maaf yang sepatutnya.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam rampas dia dari kami?,” soalnya lagi.

Lori tersebut didakwa dipandu melebihi had laju malah membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.

Lebih menaikkan kemarahan, pemandu lori tersebut dikatakan telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian, pun begitu dia berjaya ditahan pihak polis dalam operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

Semoga keadilan berpihak kepada pasangan suami isteri ini…

Baca: Bonet Kereta Sampai Terlipat, Netizen Bengang Lihat Kemalangan Gara-gara Pemandu Myvi Didakwa Tengah ‘High’?

Kereta Myvi Sondol Avanza Video

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.