in

“Dorang ingat kelakar ke?” – Trend Baru, Pelajar Buat ‘Parti Covid’ Bagi Duit Dekat Siapa Yang Jatuh Sakit Dulu

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar-pelajar di Alabama dikatakan telah menganjurkan parti bersama pesakit-pesakit Covid-19 dan akan berikan duit kepada sesiapa yang menjadi orang pertama dijangkiti virus maut ini.


Menurut Daily Star, pihak berkuasa di Alabama terkejut bila mengetahui yang pelajar-pelajar ini menganjurkan “parti Covid” dengan niat untuk dapat jangkitan.

0 Young People Playing Beer Pong In Hostel

Trend tak masuk akal ini dibuat oleh orang-orang muda, di mana dorang akan jemput orang yang ada jangkitan Covid-19 dan buat pertaruhan tetamu mana yang mungkin akan terjangkit dulu.

Sesiapa orang pertama yang positif bila buat ujian Covid-19 akan dapat sejumlah wang hasil pertaruhan tersebut.

Parti-parti ini dilakukan walaupun kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat dah mencecah lebih 2.74 juta dengan kematian sebanyak 130,000.

0 Students Are Hosting Covid Parties And Taking Bets On Who Will Catch It First

Ketua bomba di Tuscaloosa, Alabama barat berkata, ketika dia dengar laporan tentang parti Covid ini, dia ingatkan yang ia hanyalah bahan lawak.

Mula-mula kami ingatkan khabar angin tapi lepas buat siasatan, doktor pun sahkan perkara ni. Parti ni dah berterusan sejak beberapa minggu lalu.”

Ahli majlis bandar Tuscaloosa, Sonya Mckinstry pula mengatakan yang berita ni telah menjejaskan usaha mereka untuk melawan coronavirus dan tindakan pelajar-pelajar ni memang tak masuk akal.

Memang susahlah US nak fight Covid-19 ni. Walaupun negara dorang paling banyak kes dan kematian, orang-orang dekat sana tetap tak nak ikut peraturan, pakai mask pun tak nak, duduk rumah pun tak nak. Macam mana?

 

Baca: “Ingatkan tak takut Covid-19..” – US Borong 500,000 Ubat Remdesivir Sampai Negara Lain Tak Boleh Beli Untuk 3 Bulan

Ubat 1

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.