in

‘Ingatkan tak takut Covid-19..’ – US Borong 500,000 Ubat Remdesivir Sampai Negara Lain Tak Boleh Beli Untuk 3 Bulan

Ubat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amerika Syarikat yang mengungguli carta senarai Covid-19 yang paling tinggi dengan kes lebih 2 juta orang akhirnya dilaporkan memborong hampir kesemua bekalan ubat Remdesivir.


Menurut Aljazeera, pembelian berskala besar yang melibatkan hampir 500,000 stok ubat itu menguatkan lagi kemungkinan negara-negara lain tidak dapat memperoleh bekalan ubat tersebut untuk tempoh 3 bulan.

Difahamkan, stok yang dibeli tersebut merangkumi 100 peratus pengeluaran oleh pengeluar tersebut bagi bulan Julai dan 90 peratus lagi bagi Ogos dan September.

1 2

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan US (HHS) mengumumkan pada Isnin, pihaknya telah memperoleh kira-kira 500,000 bekalan remdesivir daripada pengeluarnya, Gilead Sciences untuk kegunaan hospital-hospital di sana sehingga September, lapor The Guardian

Ini ubat Covid-19 Ke?

Remdesivir bukan lah ubat sebenar Covid-19. Menurut Sky News Remdesvir ini asalnya untuk mengubati wabak Ebola dan Hepatitis C. Namun ubat ini gagal untuk memberi impak yang diharapkan pada penyakit tersebut.

Tetapi, Remdesivir merupakan ubat pertama yang menunjukkan hasil positif dalam rawatan ke atas pesakit COVID-19 sepanjang tempoh percubaan klinikal rasmi, setakat ini. Segala perkembangan terbaharunya dalam keberkesanan merawat pesakit COVID-19 masih lagi diperhatikan secara teliti di seluruh dunia.

Pada Mei lalu, kerajaan Amerika membenarkan penggunaan kecemasan ubat tersebut yang dipercayai membantu pesakit pulih dengan lebih cepat. Selain itu, Remdesivir turut mendapat kebenaran penuh daripada pihak kesihatan Jepun

So dia macam kereta la.. bontot Evo masuk Wira boleh je..

Baca: RM1669.20 sebotol kecil tapi.. -Ubat Remdesivir Pesakit Covid-19 Makan Kos RM13,353 Untuk Setiap Pesakit

F.b 3

Sumber: News Sky

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.