in

Doktor Muda Jadi Sukarelawan Uji Vaksin COVID 19 Maut, Namun Brazil Tetap Terus Mahu Lakukan Ujian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya masih jauh perjalanan kita untuk mendapatkan vaksin bagi wabak COVID 19… 



Seorang sukarelawan ujian klinikal vaksin COVID 19 yang dibangunkan Universiti Oxford telah disahkan meninggalkan dunia di Brazil, semalam, lapor Harian Metro.

Setakat ini tak dapat dipastikan sama ada lelaki terbabit menerima vaksin berkenaan atau plasebo (ujian klinikal yang mana dalam satu kumpulan, seorang sukarelawan akan menerima vaksin sebenar dan seorang lagi akan menerima ‘vaksin tiruan’ atau plasebo yang mereka sangka ia vaksin sebenar).

Menurut sumber, ia adalah kematian pertama yang dilaporkan dalam ujian vaksin COVID 19 yang dijalankan di seluruh dunia.

909371

Ahli keluarga serta rakan memberitahu, mangsa menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada tahun lalu dan berada dalam keadaan sihat sebelum dijangkiti virus berkenaan. Uish takutnya! 

Walau bagaimanapun, penganjur kajian memaklumkan yang penilaian bebas mengambil kesimpulan bahawa tidak ada masalah membabitkan keselamatan dan pengujian vaksin terbabit yang dibangunkan bersama firma farmaseutikal, AstraZeneca. Malah katanya lagi, ujian itu akan diteruskan.

115020905 Hi063067636

Oxford dalam kenyataannya pula berkata, sukarelawan terbabit merupakan seorang doktor berusia 28 tahun yang bertugas sebagai frontliners dan meninggal dunia akibat komplikasi COVID 19. 

“Semua insiden perubatan yang signifikan, sama ada peserta berada dalam kumpulan kawalan atau kumpulan vaksin Covid-19, dinilai secara bebas.

“Hasil penilaian teliti terhadap kes di Brazil, tiada kebimbangan mengenai keselamatan ujian klinikal itu. Malah penilaian bebas sebagai tambahan kepada yang dijalankan oleh pihak berkuasa Brazil mengesyorkan ujian itu diteruskan,” katanya.

Pada September lepas, Oxford dan AstraZeneca terpaksa menggantung ujian vaksin berkenaan apabila seorang sukarelawan di Britain alami penyakit misteri.

Pun begitu, ujian itu kembali diteruskan lepas pihak berkuasa Britain dan satu penilaian bebas dilapor merumuskan bahawa penyakit itu bukan kesan sampingan vaksin berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 8,000 sukarelawan terima vaksin di Brazil dan lebih 20,000 di seluruh dunia.

Harap-harap suatu masa nanti kita temuilah vaksin yang terbaik untuk wabak ini. 

Baca: “Vaksin tak mampu beri jaminan” – Pakar Berpendapat Amalan Norma Baharu Adalah ‘Vaksin’ Melawan Covid-19

Vaks

Sumber: The Star
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.