in

“Vaksin tak mampu beri jaminan” – Pakar Berpendapat Amalan Norma Baharu Adalah ‘Vaksin’ Melawan Covid-19

Dd 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilontarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular.

Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.


Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawan Covid-19 ini.

D 3

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit.

“Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

 

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP

Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

D1 3 4

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu.

“Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”

Sumber: Berita Harian

 

Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Baca: Pakar Dedah Punca Kes Positif Covid-19 Di Malaysia Cecah Tiga Angka, Ini Rupanya Yang Berlaku

D2 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.