in

Doktor Jelaskan Kenapa Sapu Nila Dekat Beguk Hanyalah Mitos

Ft Mitos Nila Rawat Beguk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara petua orang dulu adalah sapu nila di bahagian yang terkesan jika seseorang itu alami beguk. Selama ini kita pun bermati-matian mempercayainya bahkan sehingga kini masih ada mindset seperti itu.


Pokoknya, ketika Dr Samhan didatangi oleh pesakit yang terkena jangkitan ini, dilihat mukanya disapu dengan nila ketika ingin mendapatkan rawatan dan bila ditanya, pesakit kata ikut petua orang dulu.

Jadi, doktor ini menyatakan bahawa ianya adalah mitos dan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terpirinci, baca perkongsiannya ini.

 

Punca terjadi Beguk

Menerusi laman Twitter miliknya, Dr Samhan memberikan penjelasan mengenai punca, gejala, cara cegah dan risiko mengenai Beguk ini untuk mengukuhkan lagi bahawa nila bukanlah cara untuk mempercepatkan surut pada Beguk itu.

Katanya, Beguk ini disebabkan oleh sejenis virus RNA yang bernama Paramyxovirus. Virus ini biasanya menyerang di kawasan nasofarinks dan juga bahagian kelenjar parotid (sejenis kelenjar di kawasan pipi di bawah telinga).

Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.Ia boleh berjangkit selepas tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.

 

Gejala-gejala simptom

Demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera, keletihan dan pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Ianya akan hilang dalam masa 10 ke 12 hari. Terdapat 3 cara untuk melegakan beguk ini, iaitu :

Malah, katanya lagi, Beguk ini boleh dicegah dengan pemberian vaksin, ia adalah satu vaksin yang khas untuk cegah beguk yang diberikan kepada individu berumur 12 bulan dan kemudian ketika berumur tujuh 7 sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Biarpun ianya berkesan, tak semestinya yang sudah ambil vaksin ini takkan terkena beguk.

 

Beguk bahaya?

Katanya, biarpun beguk ini akan pulih sepenuhnya, ada kalanya akan berlaku kompilasi kepada individu yang terkena jangkitan ini iaitu :

Menurutnya, ini kerana testis boleh membengkak secara tiba-tiba selepas 4 hingga 8 hari mendapat bengkak di pipi (parotitis). Namun, ia akan baik sendiri selepas itu. tetapi masih terlalu sakit, Dr Samhan sarankan untuk dapatkan rawatan di klinik untuk rawatan lanjut.

Jadi, doktor ini tidak ada menyatakan apa-apa fungsi nila boleh merawat atau kecutkan Beguk itu. 

Baca : Kerana Percaya Covid-19 Hanya Mitos, Lelaki Ini Maut Selepas Hadiri Parti Covid

Untitled Design 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.