in

Kerana Percaya Covid-19 Hanya Mitos, Lelaki Ini Maut Selepas Hadiri Parti Covid

Untitled Design 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

3 juta rakyat disahkan positif virus maut dengan angka korban melebihi 137,000. Itulah Amerika Syarikat yang merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.


Namun angka itu tidak sedikitpun menimbulkan rasa ‘goyang’ dikalangan segelintir rakyat mereka apabila ramai yang dilihat mengingkari arahan yang dikeluarkan kerajaan AS malah ada yang turut menjadikan wabak tersebut sebagai gurauan.

Siapa sangka disebabkan sikap tak mahu ambil tahu dan percaya wabak tersebut hanyalah mitos dan rekaan semata-mata, seorang lelaki dari Texas akhirnya maut selepas menghadiri satu parti yang diberi nama ‘Parti Covid’

Image 2

Menurut sumber parti tersebut telah dianjurkan oleh seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19. Terlalu yakin bahawa virus itu hanyalah mitos, lelaki berusia 30 tahun itu kemudiannya nekad menghadiri majlis tersebut. Namun jangkaannya meleset sama sekali.

Kisah ini dikongsikan oleh Dr Jane Appleby, Chief Medical Officer di Hospital Methodist Hospital yang terletak di San Antonio .

“Saya tak mahu menjadi seorang yang alarmist, namun kami hanya mahu berkongsi kisah benar yang terjadi bagi memberikan pemahaman kepada komuniti bahaya virus ini serius dan boleh merebak dengan mudah.

Tidak mendedahkan butiran pemuda tersebut Appleby bagaimanapun memaklumkan lelaki itu sebelum meninggal dunia telah mengakui kesilapannya dengan menghadiri majlis tersebut.

Baca: Covid-19 : Ratusan Jenama Terkenal Isytihar Muflis Dan Ribuan Cawangan Ditutup

Capture 1 6

 

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.