in

Dobi Layan Diri Di Kawasan PKP Dibenarkan Beroperasi

Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini SOP telah menetapkan bahawa dobi layan diri dibenarkan beroperasi, namun hari ini kerajaan telah embenarkan dobi layan diri beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, syaratnya pemilik premis diarahkan menyediakan pekerja untuk mengawal dan memantau prosedur operasi standard (SOP) di kalangan pengguna, lapor Harian Metro.


 

Kita amat memahami keperluan ramai yang mengadu terutama golongan bujang yang memerlukan perkhidmatan dobi layan diri.”

Pakej Dobi Layan Diri E1499660378816

Pemantauan penjarakan fizikal, merekod butiran pelanggan dan saringan suhu perlu dilakukan. Malah egawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau SOP di premis berkenaan bagi memastikan pematuhan orang ramai.

“Justeru, kita benarkan tapi pemilik premis mesti meletakkan pekerja untuk memantau penjarakan fizikal selain merekod butiran pelanggan, melakukan saringan suhu dan menyediakan pembasmi kuman tangan,” katanya pada sidang media PKP  hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan belum bersedia mempertimbangkan cadangan pengusaha restoran di kawasan PKP  untuk melanjutkan tempoh perniagaan sehingga 12 malam.

“PKP ini dua minggu berbanding sebelum ini sehingga tiga bulan, maka patuhlah dengan saranan kerajaan. Jika kes menurun kita tukar status PKP kepada PKPB, jadi ada kelonggaran yang akan diberi.Kalau nak kelonggaran, kitalah yang boleh menjadikan kawasan kita bertukar status dari PKP kepada PKPB.”

Beliau juga berharap orang ramai terus patuh kepada arahan dan SOP dikeluarkan kerajaan.

 

Baca : TERKINI: MKN Beri Kelonggaran 3 Orang Dalam Sebuah Kenderaan

Mn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.