in

Belanjawan 2027: Apa Yang Boleh Rakyat Boleh Jangkakan Kali Ini?

Syaz Ft 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembentangan Bajet 2027 dijangka bakal dibentang pada Jumaat ini, sebagai bajet yang dijangka menjadi pembentangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ia dijangka sarat dengan pelbagai pengumuman yang lebih banyak membantu rakyat Malaysia.

Sama ada anda seorang pekerja M40, pemilik perniagaan kecil (PMKS), atau sekadar pengguna harian, ini 7 perkara utama yang dijangka akan dibentangkan dalam Bajet 2027:


Tambahan cukai baru?

Mengambil kira risiko tekanan terhadap kos sara hidup dan bantahan komuniti perniagaan, kerajaan dijangka tidak akan memperkenalkan sebarang cukai baharu (seperti reintroduksi GST). Fokus utama adalah mengemas kini dan mengoptimumkan SST sedia ada tanpa membebankan peniaga kecil.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2027 Lebih Berhemat, KPM Jamin Pengambilan Guru Dan RMT Tidak Terjejas

Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Dikurangkan Bagi Murid Dalam Keluarga T15

Bantuan Kewangan Khusus Buat Golongan M40

Perdana Menteri telah memberi bayangan bahawa Bajet 2027 bakal memberi keutamaan kepada kumpulan M40. Antara yang diharapkan termasuk:

  • Pengurangan kadar cukai pendapatan individu.

  • Pelepasan cukai yang lebih tinggi untuk perbelanjaan perubatan keluarga, pendidikan, dan latihan kemahiran.

Penyelarasan Bantuan Rahmah & SARA

Program bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Rahmah dijangka diperkasakan. Bagaimanapun, terdapat cadangan agar bantuan tunai secara automatik (seperti SARA RM100) dialirkan secara lebih bersasar supaya sumber negara dapat ditumpukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Isu Kenaikan Gaji Minimum vs Produktiviti

Selepas cadangan agar gaji minimum dinaikkan kepada RM3,100, isu ini menjadi topik hangat. Walaupun gaji wajar diselaraskan dengan kos sara hidup, majikan dan pakar ekonomi menekankan bahawa kenaikan gaji mesti diimbangi dengan peningkatan produktiviti agar perniagaan kecil tidak terjejas hingga terpaksa gulung tikar.

Aliran Tunai Peniaga: Cadangan ‘Refund First, Audit Later’

Masalah kelewatan pemulangan lebihan cukai (tax refund) selalu menjejas aliran tunai peniaga. Bajet ini dijangka melihat cadangan sistem tax credit atau pendekatan “pulangkan dahulu, audit kemudian” supaya modal kerja perniagaan tidak terikat terlalu lama.

Perlindungan Hak PMKS: Undang-Undang Bayaran 60 Hari

Bagi mengelakkan perniagaan mikro dan kecil terperangkap dalam kemelut hutang lapuk akibat kelewatan bayaran daripada pelanggan besar, Malaysia diusulkan mengikut jejak langkah UK dengan memperkenalkan undang-undang had bayaran maksimum 60 hari.

Suntikan AI Buat Sektor Perkhidmatan & Geran Eksport

Bukan sahaja sektor pembuatan, sektor perkhidmatan yang menyumbang lebih 60% KDNK negara turut dijangka menerima insentif bagi mengunapakai teknologi Kepintaran Buatan (AI) dan automasi. Selain itu, siling Geran Pembangunan Pasaran diharap dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM1 juta untuk bantu jenama tempatan tembus ke pasaran antarabangsa.

Akhir sekali, Bajet 2027 bukan sekadar lembaran angka atau senarai insentif untuk memenangi hati pengundi. Ia adalah imbangan antara keperluan politik jangka pendek dan keutamaan struktur ekonomi jangka panjang.

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.