in

Ditahan Ketika Cuba Rentas Negeri, Remaja 16 Tahun Dedah Kisah Dirogol Bapa Kandung Sejak Februari

Rentas

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) ini kita sedia maklum bahawa semua penduduk di kawasan yang terlibat tidak dibenarkan rentas daerah dan negeri melainkan jika ada surat kebenaran atas sebab-sebab tertentu.

Jika tidak, mereka akan ditahan oleh pihak berkuasa. Namun begitu, ada hikmah buat seorang remaja 16 tahun in.

 

Dedah lepas kena tahan langgar SOP PKPB

1 November 2020 lepas, seorang remaja telah melarikan diri dari rumah, remaja tersebut pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Cheras berseorangan.

Dia ditahan pihak polis kerana tiada Permit Perjalanan (PKPB). Mangsa menceritakan dia ingin pulang ke Kuala Nerang, Kedah. Setelah disoal siasat, mangsa mendedahkan bahawa dia tak tahan dirogol oleh bapa kandung sendiri.

Siasatan mendapati, remaja tingkatan 4 yang bersekolah di Ampang itu telah dirogol oleh bapa kandungnya di kediamannya sendiri yang terletak di Bukit Antarabangsa sejak Februari 2020.

Emhzqwbu0Aet0Yz

 

Pernah cuba bunuh diri

Menurut mangsa yang merupakan anak bongsu keluarga, ibu bapanya telah bercerai pada tahun 2004 selepas mangsa dilahirkan. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang. Namun, hak penjagaan telah berpihak kepada bapanya.

Suspek membawanya di kediaman di Bukit Antarabangsa dan tinggal bersama adik beradik dan ibu tirinya.

Lebih kejam lagi, mangsa didapati dirogol setiap minggu, kecuali ketika mangsa datang bulan, bapa kandung melakukan kelakuan terkutuk itu pada waktu awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur.

Mangsa pernah cuba bertindak ingin bunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai pada Jun 2020 lepas.

 

Suspek telah ditahan

Namun begitu, selepas perkara ini dedahkan bapa mangsa telah ditahan reman pada 2 hingga 6 November 2020 untuk siasatan. Semakan rekod didapati suspek mempunyai 1 rekod jenayah lampau kes rogol.

Menurut sumber, suspek berdepan dengan tuduhan dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana rogol secara sumbang mahram dan booleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

 

Baca : Orang Ramai Boleh Buat Rayuan Di Mahkamah Jika Tidak Puas Hati Dikompaun Akibat Ingkar PKPB

Pkpb

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter