in

Orang Ramai Boleh Buat Rayuan Di Mahkamah Jika Tidak Puas Hati Dikompaun Akibat Ingkar PKPB

Ft Pkpb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu disaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilihat menimbulkan banyak reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak bersetuju kerana jumlah yang dikenakan adalah tinggi bagi kebanyakan orang.


 

Capture 1 11 7

 

Tapi jangan risau sebab sekarang pihak polis membenarkan orang ramai untuk membuat rayuan supaya semakan semula dilakukan sekiranya mereka didapati dikompaun kerana tidak mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan lapor Berita Harian.

“Polis Wangsa Maju akan terus mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu tanpa prejudis jika didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan.

“Walau bagaimanapun, mana mana individu yang dikenakan kompaun mempunyai hak dan boleh membuat rayuan.

“Mereka boleh mengemukakan rayuan di mahkamah mengikut saluran yang ditetapkan untuk proses semakan semula kompaun tersebut,” – Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail

 

Capture 9 17

 

Kenyataan dikeluarkan apabila beliau mengulas isu yang tular di sosial media mengenai seorang individu yang tidak berpuas hati apabila dia disaman kerana gagal memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

Baru-baru ini viral di aplikasi Facebook apabila seorang lelaki dikenakan kompuan sewaktu berada di sebuah pusat beli-belah di Setapak kerana gagal mengenakan pelitup muka dengan betul, namun  menerusi gambar daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan bersama kenyataan tersebut menunjukkan lelaki tersebut memakai pelitup muka.

Jadi lepas ni kalau ada rasa tak puas hati, pergi settle dekat mahkamah terus. Lain pada tu, jangan lupa amalkan SOP, perjuangan kita belum tamat okay!

 

Baca : Tak mintak duit orang, tapi kalau orang nak bagi Joey BPR Kena Kompaun RM1,000 Kerana Tak Pakai Mask, Tapi Mujur Ada Peminat Nak Bantu

Capture 9 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.