in

“Disgusting!” – [Video] Amber Heard ‘Senyum’ Dengar Audio Mengaku Pukul Johnny Depp Buat Netizen Geram!

Collage 20

Sejak Johnny Depp dituduh mendera bekas isterinya Amber Heard, dia telah kehilangan banyak ‘job’ berlakon, malah selepas banyak bukti menunjukkan sebenarnya Johnny yang dipukul pun masih banyak syarikat menarik balik tawaran berlakon.

Sementara itu, Amber pula terus menerus dapat tawaran lakonan dan dapat hidup seperti biasa macam tak ada apa yang berlaku.

Johnny Depp 2757 Cropped

Tambah geram, baru-baru ini tular video menunjukkan perbicaraan kes antara Amber dan Johnny. Di dalam video tersebut, rakaman audio perbualan antara mereka telah didengarkan namun, Amber kelihatan sangat tenang siap boleh kunyah makanan lagi. Memang tak nampak langsung rasa bersalah.

Tak cukup dengan itu, bila keluar part dia pukul Johnny guna bucu pintu untuk pukul kepala dan menumbuk rahang suaminya, Amber dilihat tersenyum sinis.

Dalam rakaman ini juga, sangat jelas Amber mengaku telah memukul Johnny namun mengatakan dia tak ada niat nak buat macam tu.

Saya minta maaf sebab pukul awak dengan pintu atau pukul awak di kepala. Saya tak bermaksud… Saya tak ingat saya pukul awak dengan pintu tapi saya ingat saya ada niat nak pukul awak.”

Bila Johnny tanya “jadi awak tak berniat nak pukul saya dengan pintu tapi awak berniat nak pukul rahang saya?” Amber yang mendengar perbualan semula ini gulingkan matanya (roll eyes).

Kenapa dia senyum setiap kali dia ingat balik dia pukul Johnny?

Netizen yang melihat rakaman mahkamah ini menunjukkan rasa tak puas hati dengan tindakan Amber yang kelihatan tak bersalah langsung walaupun dah mengaku dia pukul Johnny Depp.

Screenshot 2020 11 10 At 2.36.44 Pm Down

 

Baca: Lepas Audio Amber Heard Mengaku Dera Johnny Depp Tersebar, Hampir 160k Orang Sain Petisyen Minta DC Buang Dia Dari Aquaman

Screenshot 2020 11 10 At 2.46.35 Pm

Sumber: Wikipedia