in

“Diorang patutnya ambil dia berlakon” – Pelakon Stunt Bagi Watak Mulan Dipuji Netizen, Lagi Hot & Lincah Berlawan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dah tengok filem terbaru Disney, Mulan? Filem yang dah tertangguh buat beberapa ketika disebabkan wabak COVID 19 ni, akhirnya ditayangkan di pawagam pada 4 September 2020 lepas.


Ramai yang cakap fighting scene dalam live-action Mulan ni boleh tahan hebat lah jugak dan pelakon wanitanya, Liu Yifei katanya telah melakonkan hampir 90% aksi dalam filem ni. Wow hebat… 

Walau bagaimanapun, bagi 10% scene aksi yang dia tidak boleh lakukan sebab terlalu susah atau membahayakan, ia telah dilakonkan oleh pelakon stunt dengan nama Yaxi Liu. 

View this post on Instagram

旋转跳跃~#mulan

A post shared by 刘亚西 YAXI.LIU (@_liuyaxi) on

Dalam satu interview dengan pelakon stunt tersebut, Yaxi Liu berkata,

“Seni mempertahankan diri ini bahaya, dan tak dapat dielakkan memang pelakon stunt akan digunakan sebab ia sangat berisiko bagi seorang pelakon untuk melakukan kesemuanya sendiri.” 

Gambar-gambar Yaxi melakonkan stunt bagi watak Mulan yang dilakonkan Yifei tersebar di media sosial mendapat perhatian ramai netizen oleh kerana kecantikannya.

Tengoklah, muka comel je tapi bila part dia berlawan… fuh lincah betul beb! Jangan main-main. 

View this post on Instagram

捕捉📷

A post shared by 刘亚西 YAXI.LIU (@_liuyaxi) on

View this post on Instagram

🧚🏻‍♀️⛽️

A post shared by 刘亚西 YAXI.LIU (@_liuyaxi) on

 

“Patutnya dia yang berlakon, lagi hot daripada pelakon sebenar” 

Rata-rata netizen yang terpesona dengan kecantikan Yaxi memuji wanita tersebut dan siap ada yang cakap Yaxi ni lagi cantik daripada pelakon Mulan yang sebenar.

Sudahlah cantik, tak cukup dengan itu Yaxi juga lincah beraksi. Ramai yang cakap patutnya ambil pelakon stunt ni je yang berlakon.

Tak lama lagi mesti jadi pelakon ni kan… Dah mula famous dah ni. 

Baca: #BoycottMulan Trending Lepas Netizen Dapat Tahu Filem Dibuat Di Xinjiang Berhampiran Kem Muslim Uighur Diseksa

Sumber: Live At PC
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.