in

“Saya haramkan tubuhku menyentuh tubuhmu” – Dhani Ceraikan Maia Talak 3 Melalui SMS Tapi Bukan Sebab Mulan?

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan je peminat dekat Indonesia, perceraian Ahmad Dhani dan Maia Estianty turut mengejutkan dunia hiburan di Malaysia.

Lebih-lebih lagi sebab perceraian ini melibatkan orang ketiga iaitu isteri Dhani sekarang, Mulan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Ratu bersama Maia.


Sejak kes perceraian itu sehingga sekarang, Mulan masih dianggap sebagai perosak rumah tangga walaupun Dhani telah cuba beberapa kali untuk membersihkan nama isterinya itu.

Menurut Sosok, pada tahun 2015, Dhani ada menceritakan perkara sebenar yang berlaku sehingga membawa kepada perceraian antara dirinya dan Maia dalam satu rancangan temubual.

Dhani berkata, dia menceraikan Maia melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa bersua muka. Namun ramai orang salah anggap dan menyangka Maia yang ceraikan dia kerana bekas isterinya itu menuntut cerai di mahkamah.

Maia Dhani

Padahal, menurut penyanyi dari kumpulan Dewa19 ini, pada bulan Disember 2006, dia telah menceraikan Maia dengan talak tiga.

Nggak pakai talak 1, langsung talak 3 melalui SMS, dan secara agama itu sebenarnya sudah sah.”

Apabila disoal oleh penemubual yang tindakan Dhani ini agak kasar kerana hanya menceraikan Maian melalui SMS. Dhani ceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Ceritanya, saya beri dia SMS seperti ini: ‘Mulai hari ini, saya haramkan tubuhku menyentuh tubuhmu.”

Beberapa bulan selepas Dhani memberikan mesej tersebut, Maia failkan perceraian di mahkamah.

Bayangkan, kalau saya tak sentuh Maia selama 3 atau 4 bulan tu maknanya saya dan dia dah bercerailah kan? Sebab tu Maia tuntut cerai.”

Ced548Ee1Cec18511694A461822A9383 043183700 1494234100 Untitled 5

Jelas Dhani lagi, dia bukan menceraikan Maia tanpa alasan. Dia mempunyai sebab yang kukuh kenapa dia ceraikan bekas isterinya itu tapi dia tak mahu menjelaskan kepada orang awam.

Waktu itu saya menangis. Aku tak mahu anak-anakku tahu. Mereka masih kecil. Aku tak nak dorang tahu tentang sisi gelap ibunya.”

Hingga kini, orang ramai masih tak tahu apa sisi gelap yang dimaksudkan oleh Dhani itu. Kita hanya tahu yang dia ceraikan Maia sebab jatuh cinta pada Mulan…

 

Baca: “Tak berniat nak nikah dengan dia” – Lepas 10 Tahun Berkahwin, Rupanya Ini Sebab Mulan ‘Rampas’ Dhani Dari Maia

Screenshot 2019 11 13 At 12.29.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.