in

#BoycottMulan Trending Lepas Netizen Dapat Tahu Filem Dibuat Di Xinjiang Berhampiran Kem Muslim Uighur Diseksa

Collage 8

Filem live-action remake Mulan yang baru saja mula ditayangkan di Malaysia 4 September lalu telah pun jadi bualan ramai. Tapi bukan sebab nak suruh orang ramai serbu pawagam untuk tengok cerita ni, tapi sebab netizen tengah giat jalankan kempen untuk boikot filem ini. Kenapa pulak?

Sebelum ini, pelakon utama Liu Yifei yang memainkan watak Mulan telah mendapat kritikan hebat selepas dia terang-terang mengatakan yang dia menyokong tindakan ganas polis Hong Kong “menentang” penunjuk pro-demokrasi di sana.

12574578 Liu Yifei 1

Kemudian, menurut The Guardian bila filem ni keluar panggung, penonton ternampak satu lagi elemen kontorversi semasa kredit akhir dimainkan. Di situ, dorang tengok Disney bagi ucapan terima kasih kepada lapan entiti kerajaan di Xinjiang termasuk biro keselamatan awan di Turpan, bandar menempatkan beberapa kem tahanan tempat Muslim Uighur diseksa.

Ehrcj Zx0Aywkfw

Tambah lagi, ketika penggambaran filem ini dibuat pada tahun 2018 yang lalu, keadaan di kem tahanan memang sedang berada di kemuncaknya dan dikatakan ribuan Muslim sedang diseksa tapi Mulan tetap jalankan penggambaran di sana dan siap ucap terima kasih lagi.

Tolong boikot Mulan! Ia difilemkan di Xinjiang, tempat Muslim Uighur ditahan, disterilkan, dihapuskan serta digunakan sebagai tikus makmal untuk vaksin dan uji senjata biologi.”

Beberapa aktivis juga menyifatkan orang-orang yang masih berdegil untuk tonton filem Mulan selepas tahu mengenai perkara ini sebagai “orang yang berpotensi untuk bersubahat dalam penahanan besar-besaran Muslim Uighur.”

 

Baca: Kem Kotor & Sempit, Nyawa Tahanan Uighur Di Xinjiang Dalam Bahaya Dengan Penularan Novel Coronavirus

Screenshot 2020 09 08 At 1.02.22 Pm

Sumber: TODAYonline