in

Digital Kidnapping : Modus ‘Culik’ Gambar & Identiti Anak Dijadikan Seolah-olah Anak Mereka.

Digitalkidnapping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya bila dah tahu modus operandi golongan-golongan psychopath ini kita pasti akan jadi lebih berhati-hati dalam berkongsikan gambar anak-anak kita di media sosial.


Selain, pedolifia nampaknya ada golongan yang digelar sebagai Digital Kidnapper di mana puak-puak ini akan menggunakan gambar anak-anak kita dan menipu bahawa itu adalah anak mereka.

Bukan sahaja gambar, Taufiq Razif mendedahkan bahawa identiti juga dicuri! Lebih teruk lagi…..

 

Kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa.”

100088867 3261114697241789 2366184203051073536 N

Biarpun ia berbeza dengan penculik kanak-kanak yang dilakukan secara fizikal, keselamatan anak kita tetap terancam.

Kata Taufiq, mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan ‘culik’ gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka.

Jadi, Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak anak mereka!

Bukanlah nak katakan kita ni dilarang terus untuk muat naik gambar, sudah semestinya satu kepuasan seseorang untuk kongsikan detik-detik indah mereka.

Tetapi, langkah berhati-hati haruslah diambil dengan lebih teliti. Cuba lihat balik friendlist kita dan jangan sewenang-wenangnya tayangkan secara umum.

Selain itu, elakkan diri daripada melakukan perkara ini  jika ingin muat naik gambar anak anda sebagai perlindungan dan kebaikan kita juga

 Dedahkan lokasi sekolah anak
 Dedahkan lokasi rumah anak
 Dedahkan lokasi perjalanan anak anak
 Dedahkan gambar aib anak
 Dedahkan gambar bogel anak
 Dedahkan nombor kad pengenalan anak
Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers

 

Baca : “Dorang tidur tak berlapikkan tilam ” – Tak Ada Rumah, Netizen Sebak Lihat Kanak-Kanak Tidur Tepi Jalan di Cheras

Kanak

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.