Kalau kita sangka hidup kita susah, rupanya ada lagi orang lain yang alami hidup lebih susah dari kita sekarang.
Baru-baru ni, seorang netizen berkongsi kisah sedih apabila dia seringkali terlihat beberapa kanak-kanak tidur beralaskan selimut di tepi jalan.
“Hari-hari aku pergi kerja nampak dorang, tanya orang katanya dorang ni takde rumah”
Menerusi posting yang viral di Facebook, wanita bernama Siti Raudhah Hadi ni sering terserempak dengan kanak-kanak terbabit yang tidur di tepi jalan. Lebih menyedihkan, mereka hanya tidur beralaskan selimut, tiada bantal mahupun tilam mengalas badan.
Apabila ditanya kepada orang sekeliling, mereka ini katanya tidak berumah atau tempat tinggal dan makan minum pun mengharap belas ihsan orang.
“Tak boleh tengok anak-anak kecil macam macam ni. Anak-anak kita elok bertilam berbantal empuk…”
Netizen yang melihat posting ini berasa sangat simpati dengan nasib yang menimpa anak gelandangan tersebut. Ramai yang bertanyakan tentang lokasi mereka dan ada juga yang berharap pihak berwajib membantu.
Lembaga Zakat Selangor dah datang bantu
Selepas posting ini sampai ke pengetahuan Lembaga Zakat Selangor (LZS), pihak LZS melalui posting di Facebook memaklumkan bahawa mereka sudah pun hadir membantu kanak-kanak terbabit.
Malah ada netizen juga memaklumkan bahawa pihak berwajib telah turun untuk menghulurkan bantuan.
Menurut LZS, mereka akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu pihak berkenaan memandangkan kes ini adalah kes gelandangan.
https://www.facebook.com/zakatselangor/photos/a.10150305773006221/10157900077836221/?type=3
Terima kasih kepada mereka yang sampaikan isu ni kepada pihak zakat. Semoga anak-anak ini mendapat bantuan yang sewajarnya.