in

“Diam sbb taknak rumah tangga parents bergolak” – Anak Dijadikan Hamba Seks Bapa Kandung Selama 12 Tahun

Ft Dirogolbapa

Seorang gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya tampil mendedahkan tragedi hitam hidupnya menjadi hamba seks kepada bapa kandungnya sendiri selama lebih sedekad. Menurut laporan, gadis berusia 18 tahun terbabit telah tampil membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan perbuatan kutuk bapanya yang berusia 45 tahun itu.

Katanya, selama 12 tahun menjadi mangsa nafsu serakah suspek dia menyembunyikan perkata tersebut kerana tidak mahu melihat rumah tangga kedua ibu bapanya bergolak.

Rogol1

Kali terakhir dia dicabul pada Selasa lepas dan ketika itulah dia memberanikan diri kerana sudah tidak sanggup lagi menjadi tempat melempias nafsu suspek sejak berusia enam tahun.

Kejadian berlaku pada jam 6.30 pagi, ketika mangsa berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek yang terus bertindak meraba kemaluannya.”

Bagaimanapun, suspek memberhentikan perbuatannya sebaik menyedari kehadiran isterinya dari bilik air.”

Tertekan dengan kejadian yang dilaluinya, mangsa nekad membuat laporan pada sebelah petang hari yang sama.”

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, susulan laporan diterima pihaknya itu usaha mengesan suspek yang merupakan juruteknik kilang itu kini sedang giat dijalankan.

Rogol2

Kata sumber, mangsa mendakwa hampir setiap hari dia dicabul dan dirogol suspek. Setakat ini, keterangan mangsa dan ibunya dilaporkan telah dirakam. Selain itu, mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Baca: “Bagi air dicampur dadah” – Remaja Dirogol, Diliwat Bergilir-Gilir Oleh Bapa & 3 Abang Kandung!

Ft Rogol