in

“Bagi air dicampur dadah” – Remaja Dirogol, Diliwat Bergilir-Gilir Oleh Bapa & 3 Abang Kandung!

Ft Rogol

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa menahan derita kerana menjadi mangsa rogol dan liwat darah dagingnya sendiri. Menurut Berita Harian, perbuatan jijik itu dilakukan oleh bapa dan tiga abang kandungnya sejak tahun lalu.

Mangsa telah tampil membuat laporan polis pada jam 2.59 petang kelmarin dan turut mendakwa telah diberi minuman dicampur bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol selain diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat ketika kejadian.

Rape4

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata berdasarkan laporan diterima, kejadian didakwa berlaku di Tanjung Minyak.

Pada waktu malam pula, mangsa mendakwa dirogol bapa dan akan dipukul jika melawan.”

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu secara bergilir-gilir ketika berada bawah pengaruh dadah.”

Hasil siasatan awal mendapati kejadian didakwa berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir ia berlaku adalah pada hujung Februari lepas.

Rape

Susulan laporan dibuat oleh mangsa, polis telah menahan keempat-empat suspek dan seorang wanita yang juga kakak ipar mangsa berusia antara 23 hingga 48 tahun, ditahan antara jam 12.45 tengah malam hingga 1.13 pagi semalam.

Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati tiga daripada suspek terbabit positif dadah dipercayai jenis Methamphetamine. Kesemua mereka yang ditahan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 B dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Baca: Ditahan Ketika Cuba Rentas Negeri, Remaja 16 Tahun Dedah Kisah Dirogol Bapa Kandung Sejak Februari

Rentas