Ini dah lebih dari haruan makan anak!
Seorang lelaki berusia 42 tahun bakal menghadapi sebanyak 67 tuduhan kerana merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dan rakan sekolahnya.
Memetik laporan dari MalaysiaKini, Ketua Polis Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata, suspek telah pun merogol anak kandungnya itu sejak anaknya berusia 10 tahun.
Bapa ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang esok dengan sembilan tuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan 58 tuduhan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.
Tambah Shamsul lagi, siasatan mendapati suspek telah mengajak rakan anaknya ini ke rumah mereka di Klang pada 7 Januari lalu.
Kemudian suspek telah menolak mangsa ke atas katil dan merogol. Selepas itu, dia berpesan supaya tidak beritahu sesiapa.”
Mangsa kemudiannya memberitahu tentang kejadian ini kepada rakannya yang lain, Natasha. Natasha telah memberitahu perkara ini kepada ibu mangsa sebelum mangsa dibawa ke balai untuk membuat laporan.
Selepas itu, anak kandung suspek juga telah membuat laporan polis ditemani ibunya selepas dapat tahu yang rakannya itu telah membuat laporan.
Mangsa turut memberitahu yang bapa kandungnya itu telah merogol dirinya sejak dia berusia 10 tahun sehingga bulan lepas.
Untuk pengetahun korang, sebelum ini bapa yang juga seorang penjual air tebu ini mempunyai dua rekod jenayah termasuk kesalahan berkaitan dadah.
Allahu, apa punya perangai ni?
Baca: “Haruan makan anak” – Lelaki Dipenjara 1,050 Tahun, Rogol Anak Tiri 105 Kali Selama 2 Tahun!