in

“Dia sentiasa maki hamun” – Syamsul Yusof Perjelas Sebab Terpaksa ‘Block’ Puteri Sarah

Puteri Sarah Syamsul Yusof Penjelasan Block

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga di antara Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana makin hangat diperkatakan ramai.


Semalam, Puteri Sarah menerusi posting di Instagram telah meluahkan hasratnya ingin diceraikan Syamsul dan susulan itu, Syamsul pula memuat naik video untuk memperjelaskan segala tuduhan dan kecaman yang dikatakan kepadanya.

“Saya block isteri saya kerana tidak suka bergaduh” 

Menerusi posting Instagram Syamsul, dia menjelaskan sebab mengapa dia terpaksa menyekat nombor isteri pertamanya, yang mana dia katanya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Menurut Syamsul, setiap kali berbincang mengenai isu rumah tangga, Puteri Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Sarah 21 40 362283

Saya menyekat isteri saya kerana tidak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengannya kerana dia sentiasa memaki hamun, engkau aku engkau aku. 

“Awak dah tak ada rasa hormat. Saya tidak ada ruang untuk berbicara atau kalau tak ada apa pun awak tiba-tiba WhatsAppa maki saya dan saya rasa ia memudaratkan. Sebab itu saya block,” katanya.

Tak pernah abai anak-anak walaupun block isteri 

Walau bagaimanapun, Syamsul menjelaskan yang dia masih berkomunikasi dengan Sarah melalui ibu mertuanya berkaitan hal nafkah dan anak-anak.

Selama ini kami berkomunikasi melalui ibunya, ibu saya bersama dua orang gaji lagi. Kita sentiasa berkomunikasi, malah baru tadi awak nak duit saya bagi. 

“Walaupun saya block Sarah, tetapi anak-anak saya tidak pernah abaikan. Perbelanjaan keluarga saya tetap beri. Saya bekerja keras memang untuk isteri dan anak-anak,” jelasnya.

Tambah Syamsul lagi, dia terpaksa memjelaskan perkara ini di media sosial kerana Sarah yang membuka cerita ‘dalam kain’ terlebih dahulu.

Baginya, urusan rumah tangga tak perlu dicanang kepada umum kerana ia bakal mengundang fitnah dan dirinya juga terpalit dengan kecaman dari netizen.

Jangan dimarah atau berkata apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya Puteri Sarah dan Ira Kazar. Jangan kata benda-benda tak elok kepada mereka. 

Sama juga dengan ibu dan ayah saya. Kalau nak kutuk dan hina, kutuk sahaja saya kerana saya yang membuat keputusan berkahwin lain mengikut hukum agama,” katanya lagi.

Apa-apapun kita sebagai orang luar ni doakan sahajalah yang terbaik buat Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar. Semoga masalah mereka dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Malunya Syaikhul & Sumayyah dapat ayah macam ni” – Puteri Sarah Respon Posting Syamsul Yusof

Ft Puteri Sarah Sound Sol 1

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.