in

“Dia nak perli wife sendiri agaknya” – Menteri Indonesia Dikecam Media Antarabangsa Sebab Samakan Coronavirus Dengan Isteri

Corona Your Wife

Menteri di Indonesia baru-baru ini diselar media antarabangsa selepas membuat satu kenyataan ketika memberi ucapan tentang norma baharu.

Menurut Warta, Mahfud MD yang memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Keselamatan itu telah menyamakan virus yang sedang melanda satu dunia, Covid-19 itu dengan isteri.

Mahfuz3

Mahfud, 63, bermaksud virus itu seperti isteri yang tidak boleh dikawal dan suami harus menerima kenyataan serta membiasakan diri untuk hidup bersamanya.

Corona itu seperti istrimu, ketika kamu mau mengawini kamu berpikir kamu bisa menaklukkan dia. Tapi sesudah menjadi istrimu, kamu tidak bisa menaklukkan istrimu. Sesudah itu. Than you learn to live with it. Ya sudah, sudah begitu.”

Difahamkan, ketika memberi kenyataan ‘meme’ itu Mahfud sedang cuba untuk menghilangkan rasa takut dan panik masyarakat berkenaan rancangan kerajaan untuk memberi kelonggaran dalam pergaulan sosial ketika Covid-19 masih belum reda.

Disebabkan kenyataan itu, Mahfud telah dikritik dan dikecam media antarabangsa serta golongan aktivis wanita kerana memberikan komen sexist sebegitu. Setiausaha Koalisi Perempuan Indonesia untuk Keadilan dan Demokrasi, Mike Verawati Tangka berkata kenyataan Mahfud itu prejudis terhadap wanita serta turut tidak berkaitan. Katanya,

(Kenyataan) itu menunjukkan dia tidak ada pemahaman yang jelas tentang bahaya dan keadaan terdesak di Indonesia ini disebabkan pandemik Covid-19.”

Mahfuz4

Rasa-rasanya balik rumah dia kena tidur luar tak? Smiley Tongue Out

Baca: “Makcik Kiah kena game!” – Menteri Kewangan Kena Perli #BankerJagaBanker Sebab Isu Moratorium ‘U-Turn’

Banker Jaga Banker

Sumber: ABC News