“Dia memang dijangkiti Influenza A” – KKM Beri Kenyataan Nur Dinie Damia Bukan Meninggal Akibat Influenza A, Tapi Ahli Keluarga Dakwa Lain?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan ujian sampel klinikal arwah Nur Dinie Damia Mohammad Noor, 7, yang meninggal baru-baru ini negatif bagi jangkitan influenza. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit yang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada 10 Januari lalu berada dalam keadaan sangat kritikal dan akhirnya meninggal dunia pada 13 Januari, 10.48 malam.

“Ujian sampel klinikal kanak-kanak ini adalah negatif bagi jangkitan influenza dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya di Harian Metro.

Sumber: Malaysian Gazette

 

Keluarga dakwa Nur Dinie memang meninggal akibat Influenza A? 

Walau bagaimanapun, hari ini, seorang ahli keluarga mangsa telah memuat naik posting di Facebook mengatakan hal yang berbeza pula.

Menurut individu yang mendakwa dirinya ahli keluarga terdekat Nur Dinie Damia, budak perempuan berusia 7 tahun ini memang meninggal akibat Influenza A.

Malah dia juga siap memaparkan laporan kesihatan mangsa daripada satu private hospital yang bertarikh 7 Januari 2020, menunjukkan hasil diagnos mangsa yang positif penyakit tersebut.

Sumber: Facebook

Buat masa ini tiada penjelasan lanjut yang dikeluarkan pihak KKM berkenaan isu ini dan ibu bapa Nur Dinie Damia juga masih tak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Apa-apapun lebih baik kita jangan berspekulasi dan admin berharap ada penjelasan lebih lanjut mengenai isu ini untuk kesejahteraan semua.

Marilah kita doakan semoga keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al fatihah buat arwah Nur Dinie Damia. 

Baca: “Ada juga ambil kesempatan” – Klinik Terkejut Tiba-tiba Pesakit Datang Bawa ‘Vaksin’ Beli Dari Online, Minta Tolong Doktor Cucuk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!